Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku. Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku yang merupakan adaptasi novel akan bakal bersiaran di slot Lestary TV3 bermula esok 16 Disember.

Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku
Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku menceritakan mengenai Puteri Nuraisha. Gadis muda ini tinggal dengan ayah kandung, ibu tiri dan kakak tirinya bernama Sha. Puteri Nuraisha langsung tidak mendapat perhatian dari ayahnya. Ayah kandungnya itu lebih mengutamakan kakak tirinya.
Puteri Nuraisha mempunyai teman lelaki yang dikenali sebagai Ashraf. Kehadiran Ashraf bukan untuk menyenangkan, sebaliknya Ashraf turut menambah beban pada Puteri Nuraisha. Dia sering meminjam wang dari Puteri Nurasiha dan jarang memulangkannya. Boleh dikatakan kesemua duit yang dipinjam, langsung tak dibayar balik.
Satu hari Puteri Nuraisha berkenalan dengan Daniel. Perwatakan dan penampilan Daniel, membuatkan Puteri Nuraisha tertarik kepadanya. Namun dia tidak dapat meneruskan perhubungan dengan Daniel bila memikirkan amanat dari arwah ibunya. Arwah ibu Puteri Nuraisha mahukan dia berkahwin dengan Ashraf.
Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan Puteri Nuraisha, Kakak tirinya Sha ada hubungan sulit dengan Ashraf. Sha jenis yang cemburu, lebih lebih lagi pada Puteri Nuraisha.
Semasa persiapan perkahwinan antara Puteri Nuraisha dan Ashraf sedang dilakukan, terbongkar pula rahsia mengaibkan tentang Sha dan Ashraf. Puteri Nuraisha menjadi dalam dilema. Dia tidak pasti sama ada ingin meneruskan majlis perkahwinan demi untuk melaksanakan amanat arwah ibunya ataupun memulakan hidup baru bersama Daniel, lelaki yang sering berkongsi suka dan dukanya.
Menarik kan Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku ni. Kalau anda nak tahu apa yang bakal berlaku kepada kesudahan drama ini, jangan lupa saksikan Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku setiap Rabu dan Khamis jam 9:00 malam hanya di Slot Lestary TV3.
No comments:
Post a Comment