Semakan Keputusan Kemasukan SBP 2016. Keputusan kemasukan ke Tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) bagi sesi 2016 akan dikeluarkan mulai 14 Disember 2015. Semakan boleh dibuat secara online.
Seramai 69,680 pelajar telah membuat permohonan yang dibuka pada Oktober lalu. Untuk membuat semakan, boleh sahaja terus ke halaman yang telah disediakan menerusi pautan http://www.moe.gov.my/ .
Sebarang pertanyaan berkaitan keputusan kemasukan ke SBP boleh hubungi talian Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) 03-83217400 atau berkunjung terus ke Kaunter Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah berhampiran.
Bagi mereka yang gagal boleh membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan Satu SBP secara e-rayuan melalui laman web Kementerian Pendidikan yang mula dibuka pada 14 November 2015 hingga 6 Januari 2016.
No comments:
Post a Comment