(FAKTA PENTING) BENARKAH JIKA LAMA TUNGGANG MOTOSIKAL PENYEBAB SAKIT TUAN ??? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(FAKTA PENTING) BENARKAH JIKA LAMA TUNGGANG MOTOSIKAL PENYEBAB SAKIT TUAN ???







blog
SOALAN
SAYA pernah terbaca laporan lelaki yang terlalu lama menunggang motosikal atau basikal akan mengalami kerosakan sperma, sekali gus menyebabkan kemandulan.
Adakah ia benar? Bagaimanakah cara mengatasinya kerana saya sudah lama menggunakan motosikal dan risau kesannya apabila berkahwin nanti.
ZAHARI
Rompin, Pahang
JAWAPAN :
KILANG SPERMA berada dalam buah zakar, manakala buah zakar pula terletak dalam kerandut yang terletak di luar badan.
Pembiakan sperma memerlukan suhu optimum iaitu tiga hingga empat darjah Celsius kurang daripada suhu badan (37 darjah Celsius).
Apabila suhu dalam kerandut meningkat, pemprosesan sperma tergendala seketika dan jika perkara ini berlanjutan, profil sperma menjadi kucar-kacir, iaitu bilangan dan kualiti sperma menjadi tidak normal dan rupa bentuk sperma cacat.
Peningkatan suhu dalam kerandut boleh berlaku apabila lelaki itu memakai pakaian dalam yang ketat atau tebal dan seluar ketat.
Sama juga jika buah zakarnya terdedah kepada bahang ketika bekerja di kawasan panas atau berendam dalam kolam panas atau sauna.
Dengan pakaian ketat dan padat serta duduk dalam kereta juga boleh membuatkan buah zakar tertarik di atas tundun dan terdedah kepada kepanasan badan. Sama juga jika memakai pakaian ketat dan menunggang motosikal.



Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.