(PENTING) Faraj Sakit Ketika Melakukan Hubungan Seks Bersama Pasangan | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(PENTING) Faraj Sakit Ketika Melakukan Hubungan Seks Bersama Pasangan






Kesakitan ketika melakukan hubungan seks kebiasaanya disebabkan oleh faktor psikologi dan juga fizikal. Ia mungkin dihadapi oleh wanita yang baru berkahwin dan juga wanita lepas bersalin. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan sedikit sebanyak tentang masalah yang berlaku ini.
vaginismusIa mungkin akan mengangu rumahtangga jika tidak diatasi dengan segera.
1. Vaginismus – ia adalah satu kejadian cengkaman otot pada bahagian pembukaan faraj yang berlaku tanpa kawalan sehingga menyebabkan pembukaan faraj tertutup. Ia menyebabkan kesakitan apabila zakar cuba dimasukkan ke dalam faraj. Ia juga disebabkan oleh kekurangan pelincir semulajadi yang kurang iaitu air mazi.
Bagi mereka yang baru berkahwin, antara faktornya ialah ketakutan terhadap seks menyebabkan kejadian ini berlaku. Ia berikutan kekurangan maklumat tentang hubungan seks dan beranggapan seks pada kali pertama sangat menyakitkan. Debaran seorang wanita yang kali pertama tidur dengan lelaki juga menyebabkan kejadian ini berlaku.
Ia juga mungkin disebabkan trauma daripada penderaan seksual seperti rogol dan penderaan menyebabkan perasaan takut menguasai diri.
Cara Mengatasi Vaginismus
1. Bagi masalah disebabkan emosi, caranya anda perlu mendapatkan kerjasama daripada pasangan. Jangan mengemut ketika cubaan untuk memasukkan zakar. Legakan bukaan faraj agar memudahkan zakar memasukinya.
2. Bantuan pelincir juga sedikit sebanyak mengatasi masalah ini. Dengan adanya pelincir, perjalanan untuk zakar memasuki faraj lebih licin dan mudah. Anda boleh dapatkan pelincir di farmasi berdekatan. Jika malu nak beli, anda boleh beli secara online menerusi laman web lelong.my dan sebagainya.
3. Sesi kaunseling tentang seks juga dapat membantu dalam mengatasi masalah ini. Boleh bertemu doktor sakit puan untuk mendapatkan sesi kaunseling ini. Ada sesetengah doktor menyarankan pengunaan Vaginal Dilator iaitu seks toys yang membantu masalah ini.
2. Kecederaan Fizikal dan Jangkitan Kuman – Bagi mereka yang sudah berkahwin lama dan lepas bersalin. Kejadian ini berlaku mungkin disebabkan oleh kecederaan ketika bersalin, salah jahitan pada luka bersalin dan sebagainya. Ia perlu dirujuk kepada doktor sakit puan bagi mengatasi masalah berkaitan fizikal ini.
Jika disebabkan kesilapan menjahit luka, mungkin doktor akan membuat pembedahan kecil untuk membetulkan luka jahitan berkenaan.
Bagi mereka yang mengalami masalah jangkitan kuman, ia juga akan membuatkan aktiviti seks akan terganggu. Dapatkan rawatan segera.
Dua faktor ini adalah antara penyebab utama kejadian kesakitan ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan anda. Ia boleh diatasi, namun ia akan mengambil masa. Jadi jangan salahkan pasangan anda. Ia memerlukan kerjasama dan toleransi diantara anda dan pasangan anda.
Tiada masalah yang tidak boleh diatasi.
Para suami, jangan tergopoh gapah dalam hubungan seks. Dan para isteri, bantu suami dalam eksplorasi seks anda.
Jika masalah ini tidak diatasi dengan bijak, ia mungking satu penamat buat  satu perkahwinan. Jangan ambil mudah tentang perkara ini. Ia akan membuatkan pasangan anda kecewa dan juga trauma untuk melakukan hubungan seks.




Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.