Penjelasan PTPTN Potong Mandatori Gaji Penjawat Awam | - Blog Hanz -

Penjelasan PTPTN Potong Mandatori Gaji Penjawat Awam




Berita terkini penjelasan PTPTN isu potong gaji mandatori bulanan penjawat awam. Menerusi laman sosial, kini tersebar slip atau penyata gaji penjawat awam dimana PTPTN telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan pemotongan mandatori terhadap peminjam tegar terutama peminjam yang mendapat pekerjaan dibawah perkhidmatan awam. Difahamkan, pemotongan pinjaman PTPTN secara drastik hanya dilakukan bagi peminjam ingkar yang mempunyai pembayaran bulanan tertunggak atau tidak pernah membayar PTPTN sejak jadual pembayaran dikeluarkan. Untuk info, pemotongan gaji berjadual telah dilaksanakan sejak 1 September 2015 dan diwajibkan bagi penjawat awam sahaja. Manakala bagi penjawat awam yang mempunyai pembayaran tertunggak, pemotongan secara mandotori telah dilaksanakan mulai Disember 2015. Maklumat tambahan dari PTPTN, pelaksanaan ini juga akan dilaksanakan secara berperingkat kepada pekerja sektor swasta mulai 2016.

ptptn-potong-gaji-bulanan

Penjelasan PTPTN Potong Mandatori Gaji Penjawat Awam
Menerusi kenyataan rasmi PTPTN, pelaksanaan pemotongan mandatori PTPTN menerusi gaji penjawat awam telah dilaksanakan mulai Disember 2015. Kira-kira seramai 13,000 penjawat awam telah mengalami pemotongan pinjaman PTPTN secara drastik berikutan ingkar membayar semula pinjaman pelajaran tersebut. Sebelum membuat potongan gaji mandatori ini, PTPTN telah pos surat arahan rundingan untuk bayaran balik pembiayaan PTPTN (dalam masa 14 hari). Ingkar dengan surat arahan tersebut, pihak PTPTN telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan pemotongan tertunggak sekaligus. Walaubagaimanapun, peminjam boleh ke kaunter PTPTN untuk rundingan semula potongan gaji mengikut jadual byran balik sebenar.


ptptn-potong-gaji-bulanan
Contoh Pemotongan Mandatori PTPTN Gaji Penjawat Awam
slip
 ptptn 1 ptptn 2
Notis PTPTN Potong Mandatori Gaji Penjawat Awam
ptptn
notis 1 notis 2



Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

Related Posts:

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.