Perancangan Keluarga | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Perancangan Keluarga




Perancangan keluarga melibatkan keputusan yang dibuat bersama untuk mengawal jumlah anak, jarak masa untuk mendapatkan anak seterusnya dan menghentikan peluang memperoleh anak.




KEBAIKAN PERANCANG KELUARGA


MENJAGA KESIHATAN WANITA

  • Penting untuk wanita yang berusia bawah 18 tahun kerana mereka berkemungkinan melahirkan bayi kurang berat atau susah melahirkan anak kerana tulang pelvis yang belum cukup matang.
  • Wanita berusia 35 tahun ke atas berisiko melahirkan bayi cacat.
  • Ibu yang melahirkan anak 5 kali berturut tanpa jarak minimum 2 tahun berisiko mengalami pendarahan, kurang darah dan darah tinggi. Ini boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan anak.

MENGELAKKAN PENYEBARAN HIV/AIDS Wanita yang mempunyai HIV berisiko mempunyai anak yang juga menghidap penyakit serupa. Perancangan keluarga menggelakkan kandungan yang tidak diingini.

MENINGKATKAN KUALITI HIDUP Dengan merancang keluarga, wanita mempunyai masa untuk meningkatkan kualiti kerja mahupun pendidikan diri. Selain itu, ia memastikan setiap cahaya mata yang lahir berpeluang mendapat perhatian dan melalui tumbasaran dengan baik. Ada juga yang berpendapat kaedah ini membantu meraka mempunyai anak mengikut kemampuan ekonomi isi rumah.

KAEDAH MERANCANG


SEMULA JADI

  • Melakukan ejakulasi di luar faraj
  • Mengenal pasti masa subur wanita dengan mengelakkan persetubuhan ketika ovulasi, iaitu 14 hari sebelum datang haid. Masa subur boleh diketahui berdasarkan kalendar berdasarkan kitaran haid selama 6 bulan. Ketika ini, lendiran faraj ketika ovulasi menjadi cair dan memudahkan kemasukan sperma.
  • Penyusuan susu ibu dalam jangka masa panjang kerana ovulasi tidak berlaku kepada wanita yang menyusukan bayi mereka.

BANTUAN HALANGAN

  • Kondom
  • Alat dalam rahim (IUD)
  • DIAFGRAM: Liang lapik rahim yang menutup pintu masuk rahim
  • Servical cap

HORMON Terdiri daripada suntikan, pil mahupun implan yang menghalang ovulasi dimana ia menyebabkan lendiran faraj menjadi pekat dan ruang rahim tidak lagi sesuai untuk penempelan benih.

BAHAN KIMIA Spermisid yang datang dalam bentuk krim atau buih berupaya membunuh sperma yang masuk ke dalam faraj.

PEMBEDAHAN KEKAL

  • VASEKTOMI: Saluran yang membawa sperma diikat supaya air mani yang terhasil tidak mengandungi sperma
  • BILATERAL TUBAL LIGATION: Tiub fallopian diikat agar ovum tidak dapat melalui tiub ini.

DARI PANDANGAN ISLAM


Anak adalah anugerah dari Tuhan, justeru adalah salah dengan sengaja menyekat kelahiran cahaya mata. Namun, ia dibolehkan jika memberi kesan negatif kepada ibu dan anak. Kesemua kaedah boleh dilakukan, tetapi bukanlah kaedah kekal melainkan ia memberi mudarat kepada si ibu.



Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.