(PENTING) Untuk Wanita : Meruang Faraj | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(PENTING) Untuk Wanita : Meruang Faraj






Meruang Faraj?
Tak ramai yang tahu,terutamanya anak-anak remaja zaman sekarang. nanti saya ulas lanjut ya,teruskan membaca. jangan malu jangan segan sebab ini ilmu yang sangat penting untuk kita kaum hawa.

Maksud Meruang Faraj
Meruang faraj adalah proses mengeluarkan sisa kotoran dari dalam faraj dengan menggunakan jari telunjuk. Bagi sesiapa yang belum pernah buat mungkin terasa ngilukan?, tak mengapa lama-lama kita akan terbiasa.
Sekiranya masih anak dara,cukuplah sekadar meruang hingga ruas 1 sahaja, bagi yang dah berkahwin meruang hingga ruas 3.Meruang Faraj

Bila perlu meruang
?
Meruang perlu dilakukan setiap kali selepas berhadas besar iaitu selepas haid, nifas atau selepas bersetubuh dengan suami.
Jika kita mengamalkan amalan pantang tradisional, bidan-bidan kampung sangat menitik beratkan penjagaan faraj seperti bertangas dan meruang.
Tujuannya adalah untuk :
1. mengelakkan faraj berbau yang tidak menyenangkan akibat darah nifas
2. mencegah masalah keputihan
3. mencegah penyakit kelamin
4. memantapkan rahim selepas melahirkan bayi
In syaa Allah jika diamalkan dapat memelihara kesihatan rahim. Jika nak meruang ada caranya dan bagaimana posisi badan kita supaya tidak menyakitkan.

Posisi Meruang
Meruang Faraj
1. Duduk di atas mangkuk tandas
2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas mangkuk tandas

Cara Meruang
1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan.
2. Masukkan jari sedalam mungkin (rujuk pada gambar diatas) sambil rehatkan paha, perut dan ari-ari.
3. Korek di sekeliling dinding dalam faraj. Kita akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.
Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi…maka ia bermaksud faraj anda sangat-sangat memuaskan. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak, maksudnya faraj sudah longgar.
Meruang juga boleh membantu kita untuk memeriksa samada darah haid atau nifas dah kering @ belum.



Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.