(PENTING) Kesan Buruk PTPTN Senarai Hitam Peminjam 6 Bulan Tunggakan | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(PENTING) Kesan Buruk PTPTN Senarai Hitam Peminjam 6 Bulan Tunggakan









Kesan buruk susulan PTPTN senarai hitam peminjam yang mempunyai 6 bulan tertunggak. PTPTN sekali lagi mengambil langkah drastik apabila kini mula menyenarai hitamkan peminjam yang mempunyai tunggakan selama 6 bulan. Dalam erti kata lain, peminjam yang tidak pernah membuat bayaran ansuran dalam masa 6 bulan sebaik sahaja tamat pengajian atau yang tidak pernah membuat sebarang pembayaran. Peminjam bagi kategori ini akan disenaraikan dalam pangkalan data senarai hitam “Blacklisted” Bank Negara Malaysia (BNM). Selain itu, PTPTN juga memberi amaran bahawa peminjam tidak perlu menunggu surat jadual pembayaran semula namun wajib membuat bayaran sebaik sahaja tamat tempoh pengajian dalam masa 6 bulan. Bagi yang tidak melakukan demikian, berikut adalah kesan buruk jika peminjam tidak membayar ansuran pinjaman PTPTN.


ptptn-senarai-hitam


Adakah Anda Peminjam PTPTN Yang Telah Tamat Pengajian ?


Kesan Buruk PTPTN Senarai Hitam Peminjam 6 Bulan Tertunggak
  • Sukar mendapatkan pinjaman perumahan atau kereta menerusi Bank
  • Rekod buruk dalam Bank Negara Malaysia akan menyukarkan anda membuat permohonan “personal loan” menerusi bank tempatan
  • Tidak boleh keluar negara kerana anda akan disekat oleh Jabatan Imigresen Malaysia
  • Jika hutang melebihi RM40K, anda boleh diistiharkan muflis
  • Anda juga wajib membayar keseluruhan daripada jumlah pinjaman PTPTN jika anda telah disenarai hitamkan. Jika telah disenarai hitamkan, anda perlu mengemukakan rayuan untuk penstrukturan semula bayaran ansuran PTPTN.
  • Risiko kepada anak di masa hadapan, anda tidak boleh jadi penjamin khususnya jika anak anda membuat permohonan pembiayaan pendidikan seperti PTPTN atau MARA mahupun JPA.


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.