(PETUA) Jenis Makanan Baik untuk Perangsang Seks | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(PETUA) Jenis Makanan Baik untuk Perangsang Seks





Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin pastinya inginkan sesi intimasi yang bermakna. Dalam mendapatkan pengalaman yang memuaskan, sumber pemakanan didapati juga memainkan peranan dalam memberikan nikmat seks yang memuncak tidak kira lelaki atau wanita. Rangsangan ketika seks adalah elemen penting dalam menyalurkan rasa kepuasan dan klimaks buat pasangan suami isteri.

Kerap kita dengari bahawa kebaikan tiram dalam memberikan seks yang baik, tetapi adakah anda tahu tentang jenis makanan lain yang juga berfungsi dalam memberikan rangsangan ketika hubungan seks? Ketahui jenis makanan ini untuk anda sertakan dalam menu nanti.

Buah Oren

Menurut pakar, Vitamin C adalah komponen penting dalam pengambilannya untuk menjaga kesihatan organ seks agar sentiasa dalam keadaan baik. Buah oren yang secara lazimnya mengandungi Vitamin C yang tinggi dapat memastikan kesihatan tubuh badan termasuk organ yang bekerja dalam melancarkan seks.

Telur

Diperkaya dengan Vitamin B5 dan B6, yang mana baik untuk mengimbangi tahap hormon dalam badan. Telur juga kaya dengan protein yang mana memberikan tenaga yang lebih ketika hubungan intim bersama suami atau isteri.


Minyak Zaitun

Ia membantu dalam menghasilkan testosterone dalam badan. Ia juga khusus untuk wanita yang mengalami masalah untuk sampai puncak klimaks.

Makanan kaya Zink

Daging merah dan beras perang antara sumber makanan yang kaya dengan Zink. Ia membantu dalam melambatkan proses penghasilan prolactin, dan merangsangkan dinding vagina ketika hubungan intim.



Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.