(TEKNIK) Permohonan Kursus Sijil Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2016 | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(TEKNIK) Permohonan Kursus Sijil Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2016





TAWARAN Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) KEMAS 2016. Anda berminat mengikuti kursus SPAKK di Kemas? Merujuk kepada makluman dari FB Kemas, warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA / TASKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk Tahun 2016. Panduan dan borang permohonan Kemas 2016 boleh dimuat turun di link di bawah ini. 

Permohonan guru Kemas (SPAKK) 2016

Permohonan Kursus Sijil Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2016

1. Syarat-syarat:

  1. *Warganegara Malaysia;
  2. *Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. *Terbuka kepada lelaki dan perempuan;
  4. *Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
  5. (a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan
  6. (b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  7. *Kakitangan bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini;
  8. *Hanya calon yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan telah bergraduasi sahaja dibenarkan memohon.

2. Maklumat Asas Kursus

Tempat Latihan : Institut/ Pusat Latihan KEMAS
Tempoh Latihan adalah selama Tiga (3) atau Enam (6) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

Panduan iklan jawatan kosong SPAKK dan Borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan berikut:

Kepada yang berminat untuk memohon, sila cepat-cepat membuat permohonan  Kursus Sijil Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2016  ini keranan tarikh tutup adalah pada 11 JANUARI 2016. Selamat memohon dan berjaya



Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.