(PETUA) Rahsia Kecantikan Sari Yanti KECANTIKAN · 23/12/2015 | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(PETUA) Rahsia Kecantikan Sari Yanti KECANTIKAN · 23/12/2015





EH 96450


Tidak dinafikan akan kecantikan semula jadi pelakon yang berwajah manis menawan ini biarpun sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Bentuk badannya juga kekal langsing dan sentiasa tampak muda. Apakah rahsianya?


 Bagaimana dengan penjagaan rambut yang Sari Yanti amalkan?
Biasanya saya akan sapukan minyak, lebih-lebih lagi jika saya mewarnakan rambut. Biasanya rambut akan menjadi kering berbanding rambut yang tidak diwarnakan. Rambut saya cepat panjang jadi setiap sebulan setengah saya mesti ke salun untuk trim.

Bagaimana pula dari segi pemakanan?
Sari hanya akan minum air 40 minit selepas makan. Jika nak tahu, saya tak makan sayur, sebaliknya saya lebih suka makan buah-buahan. Dari situlah saya dapat banyak khasiat. Biasanya untuk sarapan saya akan makan anggur, kiwi dan ada kalanya saya campurkan dalam bijirin. Jika bekerja awal pagi dan nak cepat, saya akan gantikan dengan mangga dan pisang. Saya pula jenis orang yang kurang minum air, jadi buah-buahan elok dijadikan sebagai ganti untuk sumber air. Biasanya petang saya akan lebihkan makan tembikai. Makanan pilihan saya ialah buah-buahan, kacang dan coklat.

Bagaimana pula dengan makanan tambahan?
Sari ambil vitamin C dan makanan tambahan ekstrak buah-buahan.

Apa aktiviti pilihan sewaktu di gimnasium? 
Sari akan ke gimnasium tiga kali seminggu. Bila usia dah meningkat memang kena bersenam sebab saya tak nak badan menggeleber, saya suka nampak firm and fit. Saya akan lakukan senaman kaki pada hari Jumaat kerana senaman kaki akan beri kesan tegang pada kaki, jadi Sabtu dan Ahad saya boleh berehat.

Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.