Definisi onani adalah aktiviti yang dilakukan sendiri bagi merangsang alat sulit, tidak kira lelaki mahupun wanita untuk mencapai klimaks. Kadang-kala, peralatan seks juga digunakan bagi melancarkan proses onani seperti pelincir atau vibrator.
Kebanyakan mereka yang melakukan onani adalah mereka yang belum berkahwin atau pasangan tidak bersedia atau tidak berminat untuk melakukan hubungan seks. Mereka tidak dapat menahan keinginan akibat pendedahan melampau terhadap video atau filem lucah atau godaan daripada pasangan.
Namun tidak ramai yang tahu tentang kesan buruknya pada kesihatan tubuh badan sama ada sekarang atau di masa akan datang. Jadi, kami senaraikan kesan buruk onani untuk pengetahuan anda.
Kesan buruk
Ketagihan
Bagi mereka yang terlalu kerap beronani, ia akan menjadi ketagihan kronik bilamana anda menginginkan kenikmatan itu setiap masa, termasuk ketika melalui jadual harian. Terbayang aktiviti seksual dan menjadikan anda hilang fokus.
Letih
Ia menyebabkan kehilangan nutrien dalam badan sekaligus menjadikan badan anda mudah letih dan tidak bermaya.
Gangguan saraf refleksologi
Tahukah anda, setiap saraf bahagian alat sulit, tidak kira lelaki mahupun wanita berkaitan dengan saraf refleksologi organ badan yang lain? Contohnya, zon mulut faraj berkaitan buah pinggang manakala zon liang faraj pula mempengaruhi kesihatan pankreas dan hati. Kerana itu, ditakdirkan wanita dan lelaki melampiaskan nafsu pada jalan yang betul dengan memasukkan zakar ke dalam lubang faraj. Jika beronani, anda hanya fokus pada satu kawasan dan menyebabkan gangguan sistem pada organ badan yang berkaitan.
Mendatangkan penyakit
Bagi wanita yang kuat beronani, mereka menyimpan banyak bendalir dalam badan kerana gangguan saraf buah pinggang yang menyebabkan saluran perkumuhan terganggu. Ini menyebabkan berat badan bertambah tanpa kawalan.
Onani boleh menyebabkan anda jadi pondan
ReplyDeleteSuara jadi lembut auww..auww..
Badan jadi lemah
Tak yakin
Fikiran tumpul
Sakit urat
Awek tak suka
Selalu diejek dan dibuli
Pemalu auww...auww..
Tension
Dsb
Masih mahu onani?