Khasiat Kacang Bendi Yang Patut Anda Tahu | - Blog Hanz -

Khasiat Kacang Bendi Yang Patut Anda Tahu




Apakah menu tengahari anda pada hari ini? Hari ini menu admin ialah kari kepala ikan dengan kacang bendi, memang enak dan lazat sekali. Tetapi sedang enak menikmati admin terfikir apakah khasiat kacang bendi di dalam pelbagai menu masakan dalam Malaysia ini. Pencarian di google menemukan pelbagai khasiat kacang bendi. Berikut adalah khasiat kacang bendi yang patut anda tahu selain dari tahu makan je.
1. Sayur kacang bendi terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas. Ada orang kurang menggemari sayur bendi kerana lendir yang ada di dalamnya. Hebatnya bendi mampu menyimbangkan kolestrol di dalam masakan seperti kari.
2. Namun terdapat banyak khasiat tersembunyi di dalam sayur ini. Buahnya di katakan mampu membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan.
3. Sementara biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.
4. Bahkan ada orang mengamalkan makan bendi kerana dikatakan mampu mengurangkan masalah sukar bersalin.
5. Air rebusan biji,akar, serta bunganya boleh di jadikan ubat pada pelbagai kudis dan bisul. Air rebusan buahnya kalau di campur dengan gula memang sesuai di jadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh di jadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.
6. Air rebusan buahnya boleh juga di gunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.
7. Di katakan kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah dengan mengambil dua biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu.


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

Related Posts:

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.