(PENTING) 6 Sebab Seks Bagus Untuk Kesihatan Badan | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(PENTING) 6 Sebab Seks Bagus Untuk Kesihatan Badan




Seks atau hubungan badan merupakan satu anugerah tuhan buat manusia. Ia menjadi satu keperluan kepada manusia yang normal untuk mempunyai keinginan seks samada seorang lelaki mahupun wanita.
Dalam artikel kali ini, kami akan membincangkan 6 sebab pasangan suami isteri perlu melakukan hubungan seks bersama pasangannya.
libido
1. Seks Menghilangkan Sakit Kepala dan Migrain– Bagi mereka yang sering mengalami masalah ini, inilah ubatnya untuk menghilangkan masalah ini. Mengikut kajian, mereka yang kerap melakukan hubungan seks jarang mengalami masalah sakit kepala dan migrain.
2. Seks Membuatkan Tidur Yang Lebih Lena – Bagi mereka yang mengalami masalah untuk tidur, ia adalah satu ubat untuk membuatkan badan menjadi letih dan dapat tidur dengan lena.
3. Seks Menghilangkan Stress – Bagi mereka yang sering stress di tempat kerja. Anda boleh menjadikan seks sebagai satu terapi untuk menghilangkan stress. Ia adalah kerana ketika seks dilakukan, hormon badan yang dapat menghilangkan stress akan dihasilkan secara semulajadi. Mungkin sebab itulah mereka yang tak berkahwin atau mengalami masalah rumahtangga akan mengalami stress.
4. Seks membakar kalori yang banyak– Aktiviti seks sebenarnya mengunakan tenaga yang cukup banyak. Ia akan membakar kalori dan lemak yang tidak diperlukan oleh badan. Dengan kata lain, anda “bersenam” dengan kenikmatan. ðŸ˜›
5. Seks Meningkatkan Sistem Pertahanan Badan – Mengikut kajian, ransangan seksual dan orgasme dapat meningkatkan sel-sel pertahanan badan manusia. Ia akan membuatkan kita tidak mudah sakit dan diserang penyakit.
6. Seks meningkatkan libido – libido atau keupayaan seks akan membuatkan pasangan suami isteri berasa lebih yakin dan bahagian. Dengan seks yang teratur, ia akan membaiki dan meningkatkan lagi kenikmatan dan kemampuan pasangan dalam membahagiakan pasangan mereka.
Walau bagaimanapun, kebaikan ini dapat diperolehi menerusi hubungan seks suami isteri. Jika hubungan seks diluar nikah, ia akan mengundang stress dan mendatangkan penyakit jika seringkali bertukar pasangan. Jadi jangan lakukan hubungan seks diluar pernikahan.


Ia bukan sahaja merosakkan diri malah masa hadapan selain daripada mendapat dosa.


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.