Panduan Mudah Ajar Anak Kecil Anda BERJALAN | - Blog Hanz -

Panduan Mudah Ajar Anak Kecil Anda BERJALAN




Panduan Mudah Ajar Anak Kecil Anda BERJALAN | “Bila anak kita berjalan mama?”“Seronoknya anak Liza dah pandai berjalan”.“Tidak sabar hendak tengok anak kita pandai berjalan”. Mesti ramai ibu bapa yang tidak sabar dan teruja untuk melihat anak kecil mereka pandai untuk berjalan kan?

Sebagai ibu bapa, anda hendaklah tidak panik sekiranya anak kecil anda lambat berjalan kerana setiap perkembangan anak kecil berbeza antara sama lain. Ada yang perkembangannya cepat berbanding dengan yang lain.
Sebagai ibu bapa, boleh mengajar anak kecil berjalan dengan cara yang mudah. Yang penting, anda tidak mudah putus asa dan sentiasa memantau perkembangan anak kecil anda.
Panduan Ajar Anak Berjalan
Panduan Mudah Ajar Anak Kecil Anda Berjalan
  1. Persekitaran selamat – Anda hendaklah memastikan persekitaran sekeliling untuk ajar anak kecil anda berjalan selamat dan tidak mendatangkan kecederaan kepada anak kecil anda.
  2. Pegang tangan anak kecil anda – Setelah anak kecil anda sudah pandai merangkak, maknanya anak kecil anda sudah bersedia untuk berjalan. Dalam proses ini, anda hendaklah membantu anak kecil anda untuk belajar melangkah dan sentiasa pegang tangannya. Pegang tangan anak kecil anda sehingga anak kecil anda mampu berdiri sendiri dengan betul tanpa jatuh. Secara tidak langsung, anak kecil anda dapat mengimbangi badannya.
  3. Bantuan anda – Dalam proses anak kecil anda untuk belajar berjalan dan melangkah, anak kecil anda memerlukan bantuan anda untuk duduk. Ajarlah anak kecil anda cara yang betul untuk duduk.
  4. Perabot yang sesuai dan selamat – Sekiranya anda perlukan bantuan perabot ketika proses anak kecil anda belajar berjalan, pastikan perabot tersebut sesuai dan selamat. Yang penting sekali perabot tersebut mudah untuk dipegang dan bergerak dengan mudah.
  5. Sentiasa berada disampingnya – Anak kecil ada kemungkinan hilang imbangan diri ketika belajar berjalan untuk beberapa langkahnya. Selepas jatuh, anak kecil anda akan cuba untuk berjalan lagi.
  6. Berjalan bersama-sama – Cara yang terbaik dan mudah ialah anda berjalan bersama-sama dengan anak kecil anda. Pastikan langkah anda tidak terlalu laju dan seiring dengan anak kecil anda.

Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

Related Posts:

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.