Muhyiddin tiba di PWTC, tapi tak masuk dewan, kata Zahid Hamidi | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Muhyiddin tiba di PWTC, tapi tak masuk dewan, kata Zahid Hamidi







Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin didakwa berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur malam tadi, namun tidak memasuki Dewan Merdeka untuk mendengar taklimat Presiden Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib presiden Umno itu pada sidang media selepas melawat mesyuarat sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Tidak ada maklum balas untuk beliau tidak hadir...tetapi maklumat yang kami terima beliau sampai ke PWTC tapi tidak masuk ke Dewan Merdeka," kata Zahid.

Muhyiddin tidak hadir pada taklimat bersama Najib malam tadi, namun Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang turut digugurkan bersama-sama Muhyiddin daripada Kabinet pada Julai lalu kelihatan hadir dalam program berkenaan.

Zahid berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) khas Umno yang dijadualkan malam ini juga tidak mempunyai agenda membincangkan kedudukan Muhyiddin secara khusus.

"Malam ini mesyuarat khas MT. Lazimnya agenda yang dibincangkan ialah pembentangan persiapan perhimpunan agung yang biasanya dilakukan pengerusi tetap dan timbalan.

"Selain itu, taklimat daripada Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang ditugaskan melakukan penyelarasan jurucakap negeri. Selain itu saya tidak nampak agenda lain," katanya merujuk kepada seorang lagi naib presiden Umno. – 9 Disember, 2015.


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.