46 Fakta Menarik Hari Pertama Disember 2015 Yang Anda Perlu Tahu | Begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar kita sudah berada di bulan akhir penghujung tahun 2015, 2016 pula bakal menyusul, maka bertambahlah pelbagai kisah dan ceritera yang akan mewarnai hidup kita.
Sempena kita sudah berada di akhir bulan tahun 2015 ini, berikut kami bawakan 46 fakta menarik yang berlaku pada hari pertama Disember 2015 ini. Pelbagai ragam dan suka duka. Rugi pula kalau anda tak baca.
46 Fakta Menarik Hari Pertama Disember 2015 Yang Anda Perlu Tahu
1.Harga petrol RON95 turun 10 sen kepada RM1.95 seliter mulai hari ini.Harga RON97 dan diesel kekal.
2.Hari ini merupakan Hari Aids Sedunia dgn bilangan pesakit di Asia telah meningkat 2 kali ganda.
3.Malaysia akan menjadi tuan rumah CHOGM pada 2020.
4.Indonesia ambil langkah2 untuk menggamitkan kemasukan lebih banyak pelancong dari Malaysia.
5.Malaysia akan minta Filipina menghantar 2 militan yg di tahan di negara itu untuk di bicarakan di sini atas kes penculikan dan pembunuhan Bernard Then.
6.Sultan Johor bertitah baginda mengharamkan vape kerana mengambil berat atas kesihatan rakyat.
7.Kadar tol PLUS akan naik 5% pada 2016 seperti mana perjanjian untuk kenaikan bagi tempoh setiap 3 tahun.
8.Malaysia mahu membina tenaga nuklear menjelang tahun 2030.
9.UMNO Melaka akan mempromosikan Muzium mereka yg terletak di Bandar Hilir dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015.
10.Presiden UMNO dan MT akan membuat keputusan samada akan membenarkan atau tidak Tan Sri Muhyidin untuk membuat ucapan penggulungan.
11.Tidak ada sebarang perubahan pada tempat duduk Tan Sri Muhyidin dalam Perhimpunan Agung UMNO yg akan bermula 8 Disember ini.
12.Kain banner Rumah Terbuka Krismas anjuran kerajaan negeri P.Pinang menjadi isu kerana terdapat gambaran arab dan unta yg seolah mengaitkan dgn islam.
13.MCA kecam PKR Sabah kerana tidak prihatin dgn sentimen masyarakat bila cuba mempertahankan pertemuan Nurul Izzah dan Jacel Kiram.
14.Adun DAP Tanjung Bunga Teh Yee Cheu sedia keluar parti andai dia di hukum kerana menyokong usul UMNO berkaitan isu tanah di P.Pinang.
15.Kekalahan Adun Kepayan Dr Edwin Bosie dalam pemilihan DAP Sabah di lihat sebagai penguasaan kaum cina dan penolakan kaum Kadazandusun dalam parti itu.
16.Pengusaan Lim Guan Eng dalam DAP P.Pinang makin kukuh bila majoriti jawatankuasa yg menang termasuk adik perempuannya adalah kumpulan pro Ketua Menteri ini.
17.Terengganu belum bersedia menurut Johor untuk mengharamkan vape manakala P.Pinang akan mengkajinya.
18.Kelantan catat kes jenayah sebanyak 4,541 dari Januari – Oktober tahun ini.
19.Kajian menunjukkan 39% dari belia di Sarawak aktif dlm seks dgn kebanyakan mereka merupakan belia yg tidak bersekolah.
20.SYABAS gesa penduduk Selangor yg belum menjelaskan bil bayaran supaya membayarnya dgn segera.
21.AirAsia memulakan operasi di Terminal 1 KKIA selepas Malaysia Airport Berhad menutup operasi di Terminal 2 di Kota Kinabalu.
22.Kementerin Kesihatan akan siasat virus yang di bawa nyamuk aedes yg mampu mencacat bayi dalam kandungan.
23.Kem. Pertahanan tidak akan melindungi mana2 kakitangan yg melakukan jenayah.
24.Orang ramai di gesa tidak menuduh perkhidmatan semua pemandu teksi sebagai buruk ekoran sikap beberapa pemandu yg merosakkan imej.
25.Bekas kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand Muhd Rizalman mengaku salah di Mahkamah Wellington atas serangan seksual.
26.Seramai 28,000 anggota tentera telah bersedia di kerah membantu mangsa jika banjir melanda.
27.Beberapa penerbangan MAS yg sepatutnya turun di KLIA terpaksa di lencongkan kerana cuaca buruk.
28.Majlis Bandaraya Petaling Jaya tawar diskaun kompaun kenderan sebanyak 80% hingga 29 Feb dan mereka yg gagal membayar selepas itu akan di senarai hitamkan.
29.Harga vape di Johor jatuh menjunam dan banyak kedai2 menawarkan harga murah untuk elak kerugian.
30.Pasangan penyanyi Akim dan Stacy akan bernikah pada Februari nanti.
31.Pelawak Allahyarham Yus Jambu selamat di kebumikan di Bintong, Kangar.
32.Isteri Awie iaitu Rozana menfail permohonan di mahkamah untuk meminta penyanyi itu menyerahkan anak sulung mereka.
33.Wanita usia 26 tahun dari Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam menjuarai Pertandingan Nyanyian Bakat Baru Antarabangsa di Hong Kong.
34.Beratus aktivitis berkumpul di Skudai,Johor untuk memperingati mereka yg terkorban dlm peperangan saudara di Sri Lanka dan juga sambutan hari lahir pemimpin Tamil Eelam.
35.Tujuh kampong di Rantau Panjang,Kelantan di naiki air dari Sg Golok.
36.Di P.Pinang 37 mangsa banjir di tempatkan di Dewan Perda Teluk Kumbar ekor beberapa kampong di naiki air.
37.Tempat letak kereta resort di Sg Lembing,Kuantan mendap dan merosakkan 2 kereta.
38.Seorang sami hindu di pecat kerana membenarkan seorang penganut membawa masuk anjing dlm kuil terkenal di Jalan Waterfall,Pulau Pinang
39.Tiga kanak2 berkemungkinan mati lemas selepas terjatuh dalam Sg Kuyuh ketika memancing di depan kem tentera Sg Besi, KL
40.Lelaki warga Pakistan di hukum mati kerana edar syabu di KLIA pada 3 tahun lalu.
41.Seramai 15 orang termasuk 7 anggota polis di tahan kerana menculik seorang Datuk warga Iran di Jalan Ampang Hilir, KL.
42.Dua mati dan 2 parah dlm kemalangan bila sebuah kenderaan merempuh pokok berhampiran RnR Bukit Dukung, Kajang Selangor.
43.Gadis dari negara China di tipu RM7.5 juta oleh sindiket tempatan Malaysia yg menawarkan peluang pelaburan yg tidak wujud.Polis telah menangkap 2 lelaki di Mid Valley dan Bukit Ceylon, KL yg di kenalinya dlm internet.
44.Polis tahan 2 lelaki yg menyamar sebagai pegawai JAIS dan cuba memeras ugut sepasang kekasih di Seksyen 18 ,Shah Alam.
45.Suami isteri di tahan di Kg Kijang Badang,Kota Bharu kerana memiliki 1,100 pil kuda.
46.Dua deejay di belasah 30 mat rempit berhampiran plaza tol di Puchong, Selangor.
No comments:
Post a Comment