Tahukah Anda Bagaimana Sejarah Papan Hitam Bermula? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Tahukah Anda Bagaimana Sejarah Papan Hitam Bermula?






Papan hitam, pembaris kayu berwarna kuning dan kapur pelbagai warna, satu memori yang tidak asing lagi ketika zaman persekolahan dahulu. Tahukah anda dari mana dan siapa yang mencipta peralatan ini?

Semuanya bermula sekitar kurun ke 17 apabila seorang lelaki bernama James Pillan yang merupakan seorang guru besar di Sekolah Menengah Tinggi Edinburg, Scotland.

Pada mulanya anak murid James di sekolah tersebut mencatat nota dengan menggunakan papan tulis, lengkap dengan bingkai kayu.

Bingkai kayu pada sekeliling papan itu bertujuan untuk mengelakkan papan tersebut patah atau retak.

James menggunakan papan kayu yang kecil itu dan menggantungkannya pada dinding bagi memudahkan dia mengajar pelajar-pelajarnya.

Dari situlah James mendapat idea untuk mencipta papan kayu yang lebih besar bagi memudahkan sesi pembelajaran didalam bilik darjah.

George Baron, seorang guru Matematik telah mengangkat idea James dan dibawa ke Amerika Syarikat pada tahun 1801.

Dia telah mengajar Matematik menggunakan papan hitam disebuah kem askar disana.

Idea penggunaan papan hitam telah menjadi popular dikalangan guru kerana ia memudahkan guru-guru untuk mengajar pelajar dalam bilangan yang lebih besar.



Tidak lama selepas itu, penjualan papan hitam pun bermula di Maryland, Virginia, Vermont, New York dan akhirnya dipasarkan diseluruh Amerika Syarikat.

Papan hitam diterima menjadi salah satu alat bantuan mengajar yang wajib ada disetiap sekolah. Papan hitam dipercayai telah membantu para guru selama lebih 200 tahun.

Sejak itu, ia bukan sahaja digunakan disekolah, malah turut digunakan untuk menyampaikan pembentangan bagi mereka yang menghadiri seminar dan mesyuarat rasmi.

Papan hitam ditambah baik pada tahun 1960. Warnanya ditukar kepada hijau kerana dipercayai mampu membantu dalam mengurangkan kadar keletihan mata.

Walaupun kini kebanyakan papan tulis telah ditukar menjadi papan putih dan tidak lagi menggunakan kapur tulis, ciptaan asal James Pillan ternyata telah membawa revolusi dalam dunia pendidikan.




Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.