Borang permohonan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 secara online. Pemohon BRIM yang belum pernah mendaftar wajib mendaftar sebagai pengguna baharu manakala pemohon sedia ada hanya perlu melakukan kemaskini maklumat peribadi menerusi e-BR1M. Sukacita dimaklumkan bahawa borang permohonan dan kemaskini BR1M 2016 akan dibuka mulai 5 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015. Berikut adalah cara,
Borang Permohonan BR1M 2016 Pendaftaran Baharu Online
Sila layari https://ebr1m.hasil.gov.my
Nota: Permohonan BR1M 2016 akan dibuka mulai 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015
Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2016
- Warganegara Malaysia yang berumur 21 Tahun dan keatas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan
- Bagi kategori bujang, gaji mestilah tidak melebihi RM2,000 sebulan
- Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah tidak layak menerima BR1M
Kadar Bayaran BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia
- Kategori Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
- Kategori Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
- Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
- Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
Tempoh Permohonan BR1M 2016
5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2016
Jadual Pembayaran BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia
Maklumat lanjut sila layari Jadual Pembayaran BRIM 2016
Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
- Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
- Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
- Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Pendatapan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
- Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
- Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
- Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
- Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
- Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
- Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016
Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
- RM400 pada Januari 2016
Nota: Kesemua kategori penerima BR1M layak menerima Skim Khairat Kematian bernilai RM1000
Tarikh Tutup Permohonan BRIM 2016
31 Disember 2015
No comments:
Post a Comment