Seorang isteri memang perlu selalu memikat suaminya. Lelaki menunjukkan sayangnya dengan mengambil berat, risaukan anda. Tetapi mereka amat sukar meluahkan kata-kata.
Bimbang cintanya kian pudar? Cuba cara ini untuk memikat suami dan keluarkan taman di hatinya.
1. “Abang, kenapa tak pergi klinik lagi? Kan demam”
Bukan anda sahaja yang perlu dimanjakan. Tetapi suami anda juga. Orang lelaki selalunya lemah badan apabila sakit dan demam. Bawanya ke klinik, jaga ubatnya, lap dahinya yang panas. Dia tidak meminta, tetapi mengharapkannya. Inilah masanya anda hendak jadi misi pujaan hati suami.
2. Lembut
Cuba berbual lemah-lembut dengan suami anda. Tambahkan dengan senyuman anda yang manis. Jika ingin dia membantu anda, jangan lupa puji usahanya. Panggil dia dengan panggilan mesra seperti abang, sayang, my superhero. Pasti laju dia datang bila dipanggil nanti.
3. Comel
Semua suami pasti suka melihat isterinya cantik. Tetapi, kerja rumah yang banyak buatkan anda tidak sempat bergaya juga. Cara mudah menjadi comel adalah dengan memotong rambut ikut gaya kesukaannya. Jika suka pakai seluar track, apa kata cuba gaya sporty. Tukar-tukar gaya di rumah agar nampak segar sentiasa.
4. Percaya
Pertanyaan awak kat mana, awak kat mana... memang comel didengar. Tetapi kalau berulang-ulang kali akan memeningkan juga. Kadangkala suami tidak dapat menjawab panggilan anda dengan mesra. Dia mungkin bersama boss jadi kenalah macho juga. Hantar sms kata rindu dan dia pasti akan telefon bila sudah lapang nanti.
5. Ibumu, ibuku jua
Pernah dengar tak nak pikat anak, pikat ibunya dahulu? Tunjukkan bahawa anda menjaga anak dan cucu-cucunya dengan baik. Sayanginya seperti ibu anda sendiri. Tawan hati ahli keluarga lain dengan ringan tulang sewaktu kenduri. Korek cerita lama sewaktu dia membesar dan ketawa bersama mereka.
6. Masak
Orang kata pikat suami dengan perutnya kan? Memang betul. Cuba belajar masakan kegemarannya. Tanyakan resipi atau belajar terus dari ibunya. Sudah pasti cubaan kali pertama hingga ke lapan tidaklah begitu menjadi. Percayalah anda ada banyak masa untuk mencuba. Bila si dia kata Ok lulus maknanya anda telah berjaya!
7. Sambut
Buka pintu dan beri senyuman manis sewaktu suami pulang ke rumah. Jika tidak sempat kerana menjaga bayi atau sedang memasak, tegurnya dengan mesra sebaik anda bertemu. Anda boleh siap sejukkan secawan jus oren untuknya juga. Dia memahami anda sedang sibuk tapi sangat menghargai sambutan kecil begini.
8. Dengar
Orang lelaki biasanya kurang bercakap daripada wanita. Jika dia selesa bercerita dengan anda, itu tandanya dia percayakan anda. Dengar dengan teliti ceritanya. Angguk walaupun anda tidak faham cerita gajet atau konflik pasukan bolanya. Jangan punahkan impiannya hendak membeli superbike. Sokong minatnya.
9. Anak-anak
Membesarkan anak-anak adakalanya sangat meletihkan. Seorang ibu biasanya lebih teliti dan menggalas lebih banyak tanggungjawab. Menjaga anak kecil, ajar buat homework dan mengaji. Lakukan semuanya dengan ikhlas dan tidak merungut. Suami anda pasti menghargai penat-lelah anda menjaga permata hatinya.
10. Terus-terang
Ada harinya, anda akan menjadi moody tanpa sebab. Anda hanya ingin makan coklat, aiskrim dan berehat sepanjang hari. Beritahu dia dengan jelas anda ok cuma perlu bersendirian sahaja. Jangan paksa diri membuat semua kerja dalam keadaan terpaksa. Dia pasti lega mengetahuinya malah boleh tolong jagakan anak-anak juga.
11. Kemas
Walaupun sibuk, cuba kemas rumah anda secara berkala. Baju yang berlipat, lantai yang bersih membuatkan hati menjadi tenang. Sediakan bekas untuk kemas mainan anak dengan segera.
12. Hati perempuan memang mudah merajuk
Walaupun anda merajuk, jangan lupa salam dan cium tangannya sebelum berpisah. Dengan bersalam, ia melunturkan ego dan rasa marah. Ia membuatkan dia mengasihani anda juga. Tidak salah beralah dan meminta maaf untuk meredakan suasana. Merajuk sekali-sekala memang comel, tapi jangan susah dipujuk pula.
13. Berdikari
Anda mungkin seorang yang sangat manja dengannya. Tetapi ketika dia tiada, anda memandu sendiri, pergi bekerja dan menguruskan anak-anak sendirian. Wanita yang bijak membawa diri dan matang sangat istimewa di mata lelaki. Dia jatuh cinta kepada anda kerana anda tetap menjaga diri dan keluarga sewaktu dia tiada.
14. “Abang, ada lori hantar sofa baru dekat rumah sebelah tau!”
Melihat kehidupan orang lain kadang-kadang buat kita cemburu juga. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Sepertimana pintu rumah masing-masing berbeza, begitu juga rasa bahagia anda. Ucap terima kasih untuk semua yang suami anda sediakan. Bersyukur dia setia temani dan menjaga anda selama ini.
15. Romantis
Sikap romantis biasanya memanjangkan usia perhubungan. Dia mungkin suka anda temaninya makan sambil merenung dia, atau tonton tv berdua. Sekali-sekala, cuba buat sesuatu yang manjakan dia seperti potongkan kuku atau urut kakinya yang letih. Romantis bermakna ia mungkin perkara kecil, tetapi dia terharu dengannya.
16. Solehah
Menjadi isteri bermakna anda akan mengejutkannya untuk solat Subuh. Mendidik anak-anaknya, antara tiket dia ke syurga. Setia menjadi makmumnya. Anda boleh berusaha mengurat dia, tapi jangan lupa berdoa juga. Anda doakan kesejahteraannya, dan semoga kedamaian juga yang anda perolehi dari ikatan ini.
Sebenarnya agak mudah juga untuk memikat hati seorang suami. Lelaki biasanya sukakan wanita yang manis, lembut dan memberi perhatian. Anda cuma perlu menjadi sedikit kreatif dan rajin mencuba.
Kadang-kadang, mengetahui dia akan kembali ke pangkuan anda setiap hari, membuatkan anda terlupakannya. Dia mungkin ada di sana, tetapi merasa terasing dan jauh. Anda rasa dia kuat, tetapi ingat superhero pun perlukan girlfriend juga.
Kembalikan saat anda bercinta dahulu. Jadi diri anda yang dahulu, yang sangat dirinduinya.
Jangan lupa pikat hatinya setiap hari!
No comments:
Post a Comment