Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja




Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja. Drama Tersuka Tanpa Sengaja adalah sebuah lagi adaptasi novel yang mula ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD bermula dengan episod pertama malam ini, 7 Disember 2015.
Drama Tersuka Tanpa Sengaja menampilkan gandingan pelakon Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli dan Hafreez Adam.
Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja
Diarahkan oleh Keoi Haji Khalid dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama Tersuka Tanpa Sengaja membawakan konsep romantik komedi yang pasti akan menarik perhatian penonton setia drama tempatan, lebih-lebih lagi pembaca novel Tersuka Tanpa Sengaja.
Antara pelakon lain yang turut menjayakan Drama Tersuka Tanpa Sengaja adalah Yusri Saleh, Nor Azifah Abidin, Adik Mirza Adam, Natasha Elyzza, Kuza, Watie Sadali, Azri Iskandar, Ajeera Rosli, Faye Kusairi dan Michael Ang.
adaptasi novel tersuka tanpa sengaja
Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja
Farhah mengambil tindakan meninggalkan rumah dan harta kekayaan akibat berselisih faham dengan ayahnya. Farhah merasakan seolah ayahnya telah menyisihkannya dan melebihkan pula adik tirinya yang bernama Katrina.
Apa yang membuatkan Farhah bertindak untuk berdikari adalah kerana tidak bersetuju dengan cadangan ayahnya yang ingin menjodohkannya dengan seorang doktor dengan alasan untuk menjaga ibu tirinya yang sedang sakit.
Bila Farhah menolak cadangan tersebut, ayahnya bertindak untuk menjodohkan doktor itu dengan Katrina pula. Tetapi Katrina juga seperti tidak bersetuju.
Pertemuan Farhah dan Syed Arif berlaku akibat berlaku perselisihan faham tentang orang kaya dan orang biasa. Syed Arif mula tertarik pada Farhah dan memintanya untuk berlakon sebagai kekasih. Syed Arif kemudian melamar Farhah kerana permintaan ibunya.
Awalnya Farhah menolak lamaran tersebut dengan alasan tidak wujud perasaan cinta, namun selepas itu dia menerima kerana cuba mengelak dari berkahwin dengan Hakim, sepupunya yang turut mencintainya dalam diam.
Akibat ayahnya tidak bersetuju, Farhah terpaksa berkahwin tanpa berwalikan ayahnya. Dia dan Syed Arif mula belajar untuk mencintai satu sama lain. Bila cinta telah berputik, dugaan pula datang melanda. Syed Arif diperkenalkan pula kepada Katrina oleh Datuk Ahmad Alias yang juga merupakan ayah kepada Farhah.
Sebelum ini Katrina tidak pedulikan Syed Arif tetapi bila mendapat tahu bahawa Syed Arif telah berkahwin, Katrina pula tidak dalam menerima. Lebih-lebih lagi bila mendapat tahu bahawa Syed Arif adalah suami kepada Farhah. Katrina mula merancang untuk meruntuhkan rumahtangga mereka.
Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. Mampukah rumahtangga Syed Arif dan Farhah berkekalan selepas Syed Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenarnya? Dapatkah ayah Farhah menerimanya semula?
Menarik kan Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja ini. Jadi jangan lupa saksikan Drama Tersuka Tanpa Sengaja pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam hanya di Astro Ria (104) dan Astri Ria HD (123).


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.