Nora Danish Bercerai?? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Nora Danish Bercerai??

APE???

Seorang lagi pasangan selebriti sudah ke mahkamah syariah berhubung dengan tuntutan cerai ? Artis yang dimaksudkan itu adalah pelakon siri Gaia dan Puteri, Nora Danish, 26, dan suaminya, Rizal Ashram Tan Sri Ramli, 32.

Nampaknya benarlah angin gosip bertiup kencang mengatakan rumah tangga mereka tengah bergolak selepas dilanda dengan pelbagai gosip, akhir-akhir ini. Paling menjadi isu hangat tentulah gosip perang dingin serta tuduh menuduh antara Nora dan Fasha Sandha selepas Fasha dikatakan 'berkawan' dan 'mengganggu' suami Nora.

Namun tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar penceraian mereka sehingga dibicara di mahkamah kelak.Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini sudah menetapkan 12 Ogos 2008 sebagai tarikh untuk mendengar pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh suaminya, Rizal, atau nama timangannya, Jejai.

Gambar : Beego,Nora & Que

Nora dan Jejai berkahwin 20 Jun 2006 dalam satu perkahwinan yang cukup meriah dan dihadiri oleh ramai kenamaan. Turut berangkat Yang Dipertuan Agong ketika itu, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Ketika ini Jejai mengusahakan restoran makanan Barat selain menguruskan agensi pelancongan di ibu negara.

Namun yang menjadi persoalan, baru-baru ini, Nora dilaporkan mengandung lebih 2 bulan. Apakah status penceraian tersebut dan hanya mahkamah sahaja yang boleh menentukan kedudukan Nora dan suaminya itu. Difahamkan, Rizal melafazkan cerai itu menerusi telefon dengan Nora sebanyak 2 kali (dua talak) iaitu pada Februari lalu dan Jun, baru-baru ini.


Gambar : Majlis Persandingan Nora Danish & Rizal

hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.