Diet Yang Betul!! | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Diet Yang Betul!!

Diet Untuk Kelas-kelas Darah..



Diet untuk darah jenis A

Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A
mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi
lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam
kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan
lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan
risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan
gangguan pada saluran pernafasan.

Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil
tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan
mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam,
krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung
(dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan
bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil
sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Diet untuk darah jenis B

Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D'Adamo
menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin
manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki
kandungan karbohidrat yang tinggi.
Diet golongan darah jenis AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan
golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus,
infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis
makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali
telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun,
minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis
sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan
kecuali jeruk.

Diet untuk darah jenis O

Dr Peter J D'Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak
mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat
dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta
sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk
susu dan gandum.Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan

P/s Hanz darah b..huhu...nak test la...
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.