Penyebar Foto Lucah | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Penyebar Foto Lucah

Penyebar Foto Lucah Edison Chen Dipenjara




HONG KONG:

Lelaki dari Hong Kong menjadi orang pertama yang disabitkan kesalahan mengedarkan gambar lucah di Internet. Difahamkan, Mahkamah Majistret Bandaraya Kowloon memutuskan bahawa lelaki yang dikenali Kwok Chun-Wai, 24, akan dipenjara selama 2 tahun kerana kesalahan yang dilakukan.Pada Januari dan Februari lalu, Kwok didapati telah muat naik 140 foto lucah yang melibatkan penyanyi dan pelakon kacukan China-Kanada, Edison Chen Koon-Hei bersama beberapa aktres popular di Hong Kong dan Taiwan. Daripada 140 foto itu, terdapat 84 foto yang dikategorikan sebagai tidak senonoh.

Majistret turut menyatakan pesalah harus diberikan hukuman kerana menyebarkan foto itu kepada orang ramai walaupun ia tidak melibatkan keuntungan. Kwok dilaporkan bertugas sebagai kerani pejabat di sebuah syarikat logistik dan memiliki ijazah. Lelaki itu mempertahankan bahawa dia sekadar mahu berkongsi foto tersebut kepada teman rapat saja.Setakat ini, pihak berkuasa mendapati lebih kurang 13 warga China sudah dikenal pasti terlibat dengan foto tersebut.Sementara itu, seorang lagi lelaki bernama Wei, 25, turut ditahan pada 12 Februari lalu berikutan mengedarkan 1,174 foto dari satu ruangan chatting si mangsa. Apa yang pasti, foto tersebut melibatkan aksi lucah Edison dengan artis wanita seperti Gillian Chung dan Cecilia Cheung.

Selain Wei, pada 15 Februari, seorang lagi pesalah, Li, 21, ditahan selama 10 hari dan didenda sebanyak US$420 memandangkan beliau mengambil 180 keping gambar dari laman web individu mangsa.Apapun, Polis di Tai'am, Shandong menjelaskan, Li mengambil kesempatan mengedarkan gambar tersebut semata-mata untuk meraih populariti.Februari lalu, Edison sendiri sudah menyatakan perasaan kesal dan maaf. Aktor ini mengumumkan tidak lagi mengulangi perbuatan terkutuk ini dan mahu bersara dari industri hiburan Hong Kong. Dia mengakui mengambil kesemua foto yang disebarkan itu. Berikutan dari peristiwa ini juga, Edison pernah menyembunyikan diri di Kanada dan Amerika Syarikat.

-Grab From Murai.com-


hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.