Leona Nak Seksi Macam Mariah Carey | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Leona Nak Seksi Macam Mariah Carey

Betol ke nie Leona Lewis nak mcm tu???



LOS ANGELES:
Wah, demi untuk mendapatkan bentuk tubuh yang seksi serta menggiurkan, penyanyi yang sedang meningkat naik, Leona Lewis dilaporkan telah mendapatkan khidmat jurulatih peribadi Mariah Carey, Patricia Gay.Mariah sebelum ini telah menggunakan khidmat Patricia sejak dia berusia 16 tahun lagi. Hasilnya, Mariah hingga kini adalah antara penyanyi wanita yang memiliki tubuh badan menjadi igauan lelaki.

Sumber dalaman daripada syarikat rakaman tempat pemenang X-Factor ini bernaung mengakui bahawa mereka adalah orang yang bertanggungjawab yang memastikan bahawa kerjasama antara Patricia dengan Leona itu benar-benar terhasil."Walaupun albumnya laris dan lagunya, Bleeding Love berjaya menduduki kedudukan carta pertama, bagi kami, semua ini tidak mencukupi buat Leona. Dia harus memiliki tubuh badan yang baik jika mahu gambarnya kerap keluar di dalam akhbar mahu pun majalah."

"Bukan itu saja, jika dia ingin terus melanjutkan kerjaya muziknya ini untuk tempoh yang lama, dia haruslah kelihatan lebih seksi sebagaimana yang dilakukan Mariah, Janet Jackson serta Madonna.""Mendapatkan latihan yang khusus bersama Patricia adalah langkah yang cukup tepat sekali dan secara kebetulan pula Leona memang mengagumi Mariah. Pasti ia akan memberikan inspirasi yang lebih buat Leona untuk memastikan misi tersebut berjaya juga akhirnya nanti," kata sumber itu lagi.

Dalam pada itu, timbul pula desas-desus bahawa Leona kini sudah bertunang dengan teman lelakinya, Lou Al-Chamma, yang sudah dikenalinya selama 14 tahun iaitu sejak dia masih berusia 17 tahun lagi.Gosip berikut timbul apabila sebutir cincin berlian kelihatan di jari sewaktu meninggalkan lokasi penggambaran The Late Show with David Letterman, minggu lalu.Sebelum ini, gosip Leona bertunang sudah pernah timbul pada November lalu, tetapi Leona menafikannya. Baru-baru ini pula, Leona mengumumkan bahawa dia dan Lou mempunyai perancangan untuk berkahwin tidak lama lagi.

Lalu, cincin berlian siapakah yang tersarung di jarinya?

Huuhuhu...renung-renungkan.......huhu

P/s Hanz amik artikel nie dri murai n edit sket....

Video Clip :-




Mp3 Download : Leona Lewis -Bleeding Love
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.