Teknologi Minyak... | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Teknologi Minyak...


Guna teknologi tempatan kurang beban kenaikan harga minyak: PM


PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menggalakkan rakyat menggunakan teknologi tempatan 'Hydrofuel' bagi mengurangkan kos petrol sehingga 50 peratus. Perdana Menteri berkata, teknologi yang dibangunkan oleh syarikat Bumiputera tempatan berpangkalan di Banting, Selangor, Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn Bhd itu sudah teruji dan diguna pakai oleh sebilangan kenderaan di negara ini.

Selain menjimatkan kos petrol, teknologi itu juga dapat mengurangkan pelepasan gas karbon monoksid dari kenderaan, katanya ketika melancarkan Teksi Hydrofuel di Dataran Masjid Putrajaya, di sini.

“Sekarang harga petrol RM2.70 seliter. Jadi jimat 50 peratus bermakna bayar RM1.35 untuk seliter petrol. Ia lebih murah lagi daripada RM1.92 sebelum kerajaan bagi naik harga minyak sampai orang marah,” katanya.

Beliau berkata sekarang ini baru rakyat tahu bahawa harga minyak boleh diturunkan dengan menggunakan teknologi. - Bernama


-Grab From Berita Harian-

hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.