Siasatan Kes Liwat... | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Siasatan Kes Liwat...


Jawi Siasat Kes Liwat Anwar Jika Siasatan Buktikan Ada Kes


KOTA KINABALU: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hanya akan menjalankan siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut peruntukan qazaf sekiranya siasatan polis dan laporan Jabatan Kimia membuktikan ada kes, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Ibrahim Lembut dan Penasihat Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mengenai hukum dan peruntukan qazaf dalam enakmen undang-undang syariah.

Beliau berkata dalam kes yang mungkin tidak mempunyai saksi, beliau diberitahu bermubahalah atau pengakuan bersumpah adalah langkah terbaik bagi membuktikan pihak yang benar atau salah.

-Editted from Berita Harian-

p/s : Betul ke Dato Seri Anwar Terlibat Dalam Kes nie??? Sama-sama lah kite tunggu siasatan polis...CEPAT,MESRA & BETUL...

hanz

hanz

Related

Powered by Blogger.