Rogol, budak lima tahun terkeluar usus ditusuk kayu di dubur | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Rogol, budak lima tahun terkeluar usus ditusuk kayu di dubur


Penjara 20 tahun, sebat 20 kali - Rogol, budak lima tahun terkeluar usus ditusuk kayu di dubur



KUANTAN : –

Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun serta 20 sebatan terhadap K.Kamalason, 47, selepas mengaku bersalah merogol kanak-kanak perempuan berusia lima tahun pada 25 Disember 2006.Kamalason didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 20 tahun serta maksimum 24 sebatan jika disabit kesalahan.

Beliau didakwa di bawah seksyen tersebut kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun tiga bulan semasa kejadian di tanah perkuburan Cina di Jalan Bukit Setongkol dan mengaku bersalah sebaik fakta kes dibacakan.Menurut fakta kes, mangsa dibawa keluar oleh Kamalason menaiki motosikal selepas bermain bersama rakannya di Bukit Setongkol dekat sini pada kira-kira pukul 6.45 petang, 25 Disember 2006.

Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah tanah perkuburan Cina dan dirogol dengan kejam sebelum ditinggalkan dalam keadaan cedera teruk.Kanak-kanak malang itu pada hari yang sama kemudiannya ditemui oleh seorang anggota polis di tanah perkuburan tersebut dalam keadaan parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Hasil laporan perubatan HTAA, mangsa mengalami kecederaan serius di kepala kerana hentakan benda keras, usus terkeluar akibat ditusuk kayu di dubur, serta cedera di bahagian dalam dan luar kemaluan akibat ditusuk objek tumpul.

Sumber: Kosmo
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.