| - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Nilai Robinho lebih daripada 60 juta Euro yang ditawarkan Chelsea

MADRID: Real Madrid hari ini menjelaskan nilai pemain tengahnya, Robinho lebih mahal daripada 60 juta Euro (AS$95 juta) yang ditawarkan Chelsea. Presiden Real Madrid, Ramon Calderon, pemain Brazil itu bukannya dalam nilai seperti ditawarkan Chelsea itu.

“Ketika ini pemain seperti Robinho adalah tidak ramai," katanya.

Kenyataan itu adalah susulan daripada laporan akhbar bahawa Robinho kini bersedia untuk meninggalkan kelabnya itu selepas tidak kontraknya tidak diperbaharui. Robinho juga dijadikan pemain untuk ditukar ganti dengan pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo. Robinho dilihat lebih berminat untuk bersama jurulatih baru Chelsea, Luis Felipe Scolari, yang juga berasal dari Brazil.

Beliau dilaporkan bersetuju untuk kontrak bermain di Stamford Bridge selama lima tahun dengan bayaran 2 juta Euro (AS$3.2 juta) setiap musim. - AP

-Berita Harian-
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.