Haziq Menyorok?? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Haziq Menyorok??



Kuala Lumpur :

Agak lama tak dengar cerita tentang Ikon Remaja Tradisional yang pernah kuat menggigil tangan iaitu Haziq. Tanya punya tanya, dapat hidu juga cerita terbaru Haziq.Bila berbual dengan kawan, barulah mendapat berita mengatakan Haziq sedang menyorok diri di Cyberjaya. Eh kenapa pula?

Selepas mendengar cerita penuh, tersenyum bangga kerana Haziq rupanya tengah sambung belajar. Ya, seorang lagi artis remaja berjaya melanjutkan pengajian ke universiti. Kalau nak tahu, Haziq sekarang mengikuti pengajian dalam bidang penyiaran di Universiti LimKokWing.
Kalau gitu ceritanya, nampak gaya sama kampuslah Haziq dengan Acha Septriasa dan Dafi. Amboi, Unversiti LimKokWing dah macam kampus selebriti pula sekarang. Kira baguslah tu, ia tempat melahirkan insan-insan seni yang kreatif dalam pelbagai bidang.Difahamkan, Haziq mula mendaftarkan diri sebagai pelajar pada Isnin lalu, 21 Julai. Bercakap pula pasal Haziq, bila agaknya album solo Haziq akan berada di pasaran? Dengar cerita single baru berjudul Zapin Suri dah pun dihantar ke radio tapi belum dengar ke udara lagi.

Harap-harap stesen radio tempatan bantu-bantulah kerjaya seni Haziq sebab bukan senang nak cari penyanyi remaja pelapis untuk artis veteran macam Datuk Ahmad Jais. Yelah, kalau Datuk Ahmad Jais sendiri pernah puji bakat Haziq, siapalah kita untuk menidakkkannya kan?

-From Murai.com-
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.