Gaia | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Gaia




KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2008:

Ketika ini siri komedi Gaia semakin popular di kaca TV Astro Ria. Ia mengisahkan sekumpulan anak muda yang bekerja dalam satu produksi penyiasatan kes-kes paranormal seperti membongkar misteri hantu dan roh.Gaia dibintangi pelakon sensasi Nora Danish bersama Tam Suhaimi, Farish Aziz, Kefli AF3, Intan Ladyana dan Zizan Raja Lawak.

Buat masa ini, Gaia yang diarahkan oleh Nizam Zakaria sudah memasuki musim kedua dan espisod kelima akan muncul pada Selasa depan, mulai jam 5.30 petang serta diulang pada 10.30 malam.Salah seorang pelakon Gaia, Tam Suhaimi, berkata siri untuk mendekatkan lagi hubungan persahabatan antara mereka terutama di luar set penggambaran.

"Sebelum ini saya, Farish, Nora dan Intan sudah lama berkawan. Apabila kami terbabit dengan Gaia, hubungan kami bertambah rapat. Kami semua satu kepala dan selalu keluar tengok wayang atau lepak makan sama-sama."

"Tapi terus terang, apabila membawa kepada hal peribadi seperti apa yang dilalui oleh Nora ketika ini, kami tak pernah campur tangan. Sebagai sahabat, kami cuma menasihati Nora supaya bersabar dan tabah," kata Tam

Tam yang juga penulis skrip bersama untuk Gaia berkata, ketika ini mereka semua sudah selesai menjalani penggambaran musim kedua sebanyak 13 episod lagi.Buat masa ini Tam berkata, mereka belum pasti tentang status Nora untuk terus bersama Gaia bagi musim berikutnya kerana dia sudah hamil dan perlu banyak berehat.

"Kami boleh berbincang bersama tapi terserahlah kepada Nora untuk membuat sebarang keputusan," kata Tam yang memegang watak produser dan hos yang 'berperang' dengan Milla Carnella, roh yang berada di awang-awangan lakonan Nora.

Sementara itu, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menetapkan tarikh 20 Ogos depan untuk mendengar keputusan lafaz cerai yang dibuat oleh suami Nora, Rizal Ashram Tan Sri Ramli (Jejai) ke atas pelakon wanita itu, sebanyak dua kali. Nora ketika ini sedang berehat kerana tidak mahu dibebani dengan tekanan.

-Edited From Murai.com-
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.