Avaa Vanja Jadi Mubaligh Kristian??? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Avaa Vanja Jadi Mubaligh Kristian???

Avaa Vanja



KL, 22 JULAI 2008:

Sejak tersiarnya berita pelakon Avaa Vanja bakal membawakan watak sebagai Shellebear iaitu mubaligh Kristian dalam pementasan teater muzikal Ibu Zain di Istana Budaya (IB) pada 12 hingga 18 Ogos ini, Hanz perhatikan ia semakin menjadi isu panas pula. Maklumlah, bukan senang bagi orang kita senang terima isu artis Muslim memegang watak sebagai bukan Islam. Pun begitu, dalam filem dulu-dulu, pernah juga pelakon era Studio Jalan Ampas pegang watak sebagai orang-orang jahil seperti dalam filem Nur Islam dan Isi Neraka yang menyambut kedatangan Islam.

Tapi kes Avaa tu lain sikit sebab dia berlakon sebagai pendakwah Kristian, jadi sudah tentulah ia dilihat sebagai isu yang sensitif sehinggakan ia begitu hebat diperdebatkan di ruangan Internet. Kemuncak lakonan Avaa dalam teater itu nanti ialah babak Shellebear hendak mengkristiankan Ibu Zain!Ada juga pihak mempertikaikan rasional pengarahnya, Rosminah Tahir mewujudkan babak seperti itu dan memilih pula artis Muslim untuk memegang peranan terbabit.

Bagi sesetengah pihak, situasi ini boleh disifatkan sebagai sesuatu yang cuba mempersendakan Islam. Itu pandangan merekalah dan ia tentulah tidak sama dengan pandangan Rosminah sendiri. Tak tahulah , mungkin Rosminah dah rujuk dengan pakar agama.Bagi yang mengikuti dunia teater antara hasil kerja Rosminah sebelum ini adalah untuk teater Anugerah, Lantai T Pinkie, Puteri Hang Li Po, Nyonya, Malam Haram, Cucu, Raden Galoh, Cik Ros, Kopi Pangku, A Modern Woman dan Medea.

Hanz bukannya ustaz atau ustazah untuk bg komen...korang pk la sendiri...huhu. Rosminah serta tenaga produksinya tentu sudah ada jawapan kepada soalan itu yakni kenapa pentingnya babak itu diselitkan dalam Ibu Zain.Ketika menghadiri sidang media Ibu Zain, baru-baru ini, Rosminah memberitahu akan ada babak mendebarkan itu bagi menunjukkan betapa teguhnya pendirian Ibu Zain terhadap Islam.

Katanya, babak ini adalah kisah benar yang dialami Ibu Zain sendiri sewaktu belajar di sekolah Inggeris dulu dan beliau mendedahkan peristiwa tersebut sewaktu diwawancara oleh wakil Arkib Negara.

-Edit From Murai-



hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.