Tips-Tips Baik Punye.... | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Tips-Tips Baik Punye....

Tip Dwi Guna


Tembikai memang kaya dengan sumber air dan vitamin A, B dan C. Gunakan isi tembikai sebagai masker muka kerana ia mampu menghapuskan dan membersihkan wajah anda. Air yang dimiliki tembikai mampu mengembalikan kelembapan wajah secara semulajadi, dengan hanya mengurut wajah anda dengan menggunakan hampasnya. Tapi lepas tu, jangan lupa bilas… Takut nanti, semut pun suka…

Tip Cantik Ke ???


Kalau anda nak kan bibir yang merah dan menawan, cuba petua ni. Madu lebah asli memang banyak kegunaannya. Sebelum masuk tidur, pastikan gigi dah di gosok. Lepas tu, sapukan keseluruhan bibir dengan madu asli. Esok bila dah bangun tidur, cuci je muka seperti biasa. Lepas seminggu je, dah nampak hasil. Tak caya? Cubalah!

Tip Etika


Semasa memperkenalkan diri kepada teman baru, sebutlah nama penuh dengan terang dan jelas. Ia untuk mengelakkan daripada tersalah dengar. Maklumlah, sekarang ni ramai yang mempunyai nama yang unik…Kenalkan rakan kepada kawan lain juga dengan menyebut nama penuh mereka. Laik baik, kalau kita sebut sesuatu yang menarik tentang dirinya... Nanti, mudahlah mereka nak memulakan perbualan… Ada la modal…

Tips Belajar Bahasa


Belajar bahasa ada banyak cara. Cara yang agak menarik adalah dengan menggunakan muzik. Contoh, dengar lagu dan cari liriknya. Bila dah dapat lirik, cari pulak maksudnya. Cara ini bukan saja menarik, malah turut mengajar anda cara sebutan yang betul bagi sesuatu perkataan. Kan senang tu, belajar sambil menyanyi!
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.