Inul Daratista..... | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Inul Daratista.....

Konsert dibatalkan, Inul hampir pitam



KUALA LUMPUR:

Penyanyi dangdut sensasi Indonesia, Inul Daratista hampir pitam hari ini, sebaik dimaklumkan pembatalan Konsert Inul Live In JB pada saat akhir yang dijadual malam esok. Inul yang bergegas dari Johor Bahru ke ibu kota hanya dimaklumkan mengenai pembatalan konsert itu pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel di sini, petang tadi.

Dia yang kecewa mendengar berita itu meminta penganjur, IMS Prima Sdn Bhd menyatakan alasan mengenai pembatalan konsert di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunus di Larkin, Johor Bahru itu.

"Saya ingin tahu alasan yang jelas mengapa dibatalkan kerana hanya dimaklumkan sebaik sampai di sini (Kuala Lumpur).

"Saya cuma mahukan penjelasan kerana laporan akhbar yang diterima semuanya baik saja. Saya mahu tahu siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," katanya sebak.

Bagaimanapun, konsert di Larkin, itu tetap diteruskan apabila penganjur memindahkan lokasinya ke Stadium Putra, Bukit Jalil, 27 Julai ini.

-Grab From Berita Harian-

Video Clip - GOYANG INUL



p/s Harap korang enjoy ngan lagu nie...goyangggggggggg...hihi
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.