.jpg)
Ape lah Nak Jadi Dengan Dunia Sekarang....
Sudah menjadi perkara biasa apabila artis Barat berperangai melampau! Mungkin media Amerika Syarikat (AS) terus gempar jika pelakon Lindsay Lohan sudi menerima AS$1 juta supaya membuat pengakuan tentang hubungan songsangnya bersama DJ sensasi Samantha Ronson.
Bagaimanapun, penyanyi dan pelakon popular itu menolak tawaran pihak yang berminat itu untuk menemubualnya. Sungguhpun begitu, gambarnya yang sedang bercium dan berpelukan bersama Samantha di Festival Film Cannes di Perancis, baru-baru ini sudah mula tersebar luas.
Khabarnya, majalah terkemuka, OK! Turut menawarkan jumlah yang besar semata-mata memperoleh satu pengakuan daripada Lindsay.
Lindsay dan teman intimnya itu dilihat sering bersama-sama sejak 6 bulan lagi. Namun, baru-baru ini dengan terang-terangan dia menunjukkan kemesraan di khalayak. Lindsay dan Samantha tiba-tiba berpelukan dan berciuman ketika sedang berpesta di Cannes!
Ibu Lindsay, Dina, memberi restu jika benar puterinya itu ada hubungan terlampau dengan Samantha.
-Edited From Murai Dot Com-
