Siti Nurhaliza Bertudung ? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Siti Nurhaliza Bertudung ?





Pada tarikh 26 April 2008, Datuk Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman di satu sidang akhbar eksklusif bahawa beliau akan mengekalkan imej berselendang iaitu menutup sebahagian daripada rambutnya dan bukannya bertudung. Menurut Siti, “Siti bukanlah memakai tudung tetapi lebih kepada memakai seledang.”

“Soal bertudung ini, Siti sebenarnya ingin lakukannya secara perlahan-lahan. Siti masih dalam proses menyesuaikan diri dengan penampilan baru ini,” tambah beliau ketika di sidang akhbar berkenaan.

Isu tudung di Malaysia ini merupakan satu topik yang sensitif kerana ianya bersangkut-paut dengan tuntutan agama. Keikhlasan Siti dalam mengenakan selendang sering dipertikaikan para peminat yang inginkan Siti mengenakan tudung secara sempurna seperti Waheeda, Ekin, Azizah (TV3) dan Sheila Rusly sebagai contohnya.

Ditanya tentang wujudnya cakap-cakap orang yang tidak menggemari cara beliau mengenakan ‘tudungnya’, Siti mengambil sikap tidak ambil pusing. Katanya “Semua ini Siti lakukan bukanlah kerana sesiapa tetapi hanyalah kerana Allah.“

Masa beredar begitu pantas sekali dan kini sudah menghampiri setahun Siti muncul dengan imej berselendang. Ada ketika penggayaan selendang Siti menampakkan rambut dengan banyak sekali dan ada ketika hanya jambul yang ditonjolkan seperti kebanyakan wanita Iran. Di sepanjang tempoh ini, bertali arus komen dan pendapat yang diluahkan oleh warga Malaysia tentang imej yang dipertontonkan Datuk Siti Nurhaliza.

Rata-rata ramai wanita dan lelaki yang tidak bersetuju dengan sikap “acuh tak acuh” Siti dalam mengenakan selendang atau tudung di kepala. Nampaknya majoriti masyarakat Malaysia tidak bersetuju dengan pendirian Siti untuk seolah-olah duduk di atas pagar, tidak mengenakan tudung pun bukan dan memakai tudung pun bukan. Mungkin Siti akan membuat keputusan muktamad dalam satu masa yang terdekat ini, siapa yang tahu?
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.