Fairus sah letak jawatan - Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang hilangkan diri | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Fairus sah letak jawatan - Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang hilangkan diri



Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan itu dan juga jawatan anggota Exco kerajaan negeri kerana ingin melanjutkan pelajaran, kata Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim semalam.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai sebab-sebab peletakan jawatan itu hanya melalui rakan-rakan Fairus.

“Saya tidak pasti, tetapi saya dengar daripada rakan-rakan yang dia (Mohammad Fairus Khairudin) nak pergi lanjutkan pelajaran tetapi saya tidak tahu sama ada dalam atau luar negara,” kata Zahrain pada sidang akhbar selepas Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan peletakan jawatan Fairus di sini.

Zahrain berkata, beliau dimaklumkan tentang peletakan jawatan Fairus oleh Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Rabu lepas, timbul desas-desus menyatakan Fairus telah meletakkan jawatan. Guan Eng menafikan perkara itu dan menganggap penyebaran cerita tersebut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai khabar angin.

Sementara itu, Guan Eng pada pengumumannya berkata, Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan sebagai anggota Exco negeri yang akan berkuat kuasa 8 April. Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti dan juga anggota PKR.

Menurut Guan Eng, Fairus telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 melalui faks kepada beliau semalam.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.