OIAM3 : Bubye Anith! Imuniti Kembali Kepada Esther | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

OIAM3 : Bubye Anith! Imuniti Kembali Kepada Esther



Ramai sudah menjangka yang ANITH akan terkeluar minggu ini. Rata-rata komen mengatakan anith terlalu bersikap mengada-ngada, betul ke?

Melihat pada persembahan malam tadi, imuniti berhak dimiliki Amylea atau Esther. Masing-masing telah memberikan satu persembahan yang menakjubkan.

Amylea yang mendendangkan lagu Jason Mraz “I’m Yours”, telah merubah melodi asal kepada reggae, dan hasilnya memang menjadi. Esther pula, membawa lagu “I Won’t Go Home Without You” dari Maroon 5, menyajikan satu persembahan yang begitu bertenaga dan menghiburkan hinggakan Syafinaz begitu khusyuk melayan sampai tak sempat menulis komennya.

Tapi hanya seorang peserta sahaja yang boleh memegang imuniti. Dan panel juri, termasuk juri undangan minggu ini, Jay Jay, sebulat suara memilih Esther.

“Kesemua peserta sudah membuktikan mereka mempunyai vokal yang baik, begitu juga persembahan mereka. Tapi untuk memenangi imuniti, mereka perlu menunjukkan peningkatan.

“Pada masa ini, mereka statik, semua nampaknya dalam zon selesa, tidak mahu mencuba sesuatu yang baru. Penting sekarang ini untuk mereka kekal pada genre masing-masing tetapi melakukan sesuatu yang mampu memeranjatkan.

“Persembahan Amylea malam ini baik tapi kami merasakan Esther telah menunjukkan peningkatan, lebih-lebih lagi selepas persembahannya yang kurang menarik minggu lepas,” jelas Syafinaz panjang lebar.

Tambah Paul Moss, “Apa yang Amylea lakukan amat kreatif. Apa yang kita minta, dia telah melakukannya. Namun persembahan itu terasa agak teknikal dan dingin. Manakala persembahan Esther lebih menghiburkan.”

Bagi Esther, penganugerahan imuniti dari panel juri minggu ini memang mengejutkan kerana merasakan ketujuh-tujuh rakan seperjuangan yang lain telah membuat persembahan yang bagus sekali.

“Mungkin kerana persembahan saya adalah yang terakhir menjadikannya lebih menonjol dan meriah. Mungkin kerana itu saya mendapat imuniti. Saya tak sangka sebab minggu lepas saya mendapat komen yang kurang baik dari juri.”

Buat Amylea pula, keputusan malam tadi diterima dengan baik. Dari sudut pandangannya, membandingkan persembahannya dengan Esther seperti membandingkan di antara Norah Jones dan Beyonce, dimana dia adalah Norah Jones.

Tidak berputus asa, sebaliknya dia lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik minggu depan, di mana dia akan menyanyikan sebuah lagu karyanya sendiri.

hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.