(CONTOH LENGKAP) Masalah Pencemaran Air Contoh Tugasan Geografi PT3 2014 | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(CONTOH LENGKAP) Masalah Pencemaran Air Contoh Tugasan Geografi PT3 2014




Masalah Pencemaran Air Tugasan Geografi PT3 2014 :
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan akuatik. 




Pengenalan Pencemaran Air

Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik, dan laut.Apabila pencemaran air berlaku, air mengalami perubahan dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan jika digunakan.Pencemaran air berlaku sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.



Punca-Punca Pencemaran Air


Masalah Pencemaran Air Tugasan Geografi PT3 2014
Punca utama pencemaran air ialah aktiviti pengilangan,kegiatan pertanian dan bahan buangan domestik dari kawasan perumahan.
Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai.
Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalurkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai terutamanya bahan agrokimia.
Pemprosesan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalurkan ke dalam sungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak akan mencemarkan sumber air.

Selain itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, air akan tercemar

Masalah Pencemaran Air Tugasan Geografi PT3 2014














Kesan-Kesan Pencemaran Air

Masalah Pencemaran Air Tugasan Geografi PT3 2014
Kesan Terhadap Kesihatan Manusia
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. 

Manusia boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.


Kemusnahan Hidupan Akuatik
Aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladagan menyebabkan pencemaran logam berat, pencemaran organic serta peningkatan keledak dalam air. Laluan utama pencemaran dari darat kelautan adalah melalui sungai. 

Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Kelang, dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, disebabkan kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan.


Kesan-Kesan Yang Lain
Pencemaran air juga akan membawa kesan-kesan yang lain seperti kesan kepada kualiti air, mengurangkan kandungan oksigen terlarut, sistem air bawah tanah tercemar, dan menjejaskan keindahan alam.
Masalah Pencemaran Air Tugasan Geografi PT3 2014

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Air

Langkah yang pertama ialah elakkan pembuangan sisa-sisa makanan dan organik ke dalam longkang. Cara praktikal yang boleh dilakukan ialah menanam sisa-sisa makanan di tapak yang sesuai. 

Kawasan yang dianggap sesuai mestilah terletak agak jauh dari sungai-sungai atau di mana-mana punca air.Ini bagi mengelakkan proses larut resap yang juga boleh mengakibatkan pencemaran. Hal ini dapat mengelakkan penyumbatan sistem pengaliran longkang, pembiakan lalat dan bakteria serta banjir
Langkah yang seterusnya ialah penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemari laut dan pantai. Bagi kilang-kilang yang menyalurkan bahan buangan seperti cecair dan pepejal kimia ke dalam sungai juga akan diambil tindakan tegas. Penggunaan bahan kimia oleh kilang-kilang juga dihadkan.


Also See and Read This : READ MORE

hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.