(CONTOH LENGKAP) Contoh Tugasan Geografi PT3 2014 - Isu Pencemaran Udara | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(CONTOH LENGKAP) Contoh Tugasan Geografi PT3 2014 - Isu Pencemaran Udara





Contoh tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3. 

Berikut adalah panduan lengkap dan tips menyiapkan tugasan Geografi PT3.

Isu Pencemaran Udara

Arahan Penting Tugasan Geografi PT3 2014
Contoh Soalan Tugasan Geografi PT3 2014
tugasan-geo

Senarai Semak Tugasan Geografi PT3 2014
markah geografi pt3

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3
Nota Penting: Pencemaran udara dipilih sebagai tajuk spesifik/utama dalam jawapan panduan Geografi PT3 2014 yang tertera dibawah. Sila huraikan isi penting dibawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tajuk: Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala Lumpur
Objektif kajian: Objektif utama adalah menyiasat punca, kesan dan langkah pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur

Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual
1. Konsep dan takrifan pencemaran alam yang dikaji (Tajuk kajian: Pencemaran udara)
Pencemaran Udara : Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan.

2. Faktor dan Punca Pencemaran Udara
Antara penyebab utama pencemaran udara adalah:
  • Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.
  • Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.
  • Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.
  • Penyemburan racun makhluk perosak
  • Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk
  • Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin.
  • Letusan gunung berapi
  • Pelepasan asap kenderaan
  • Aktiviti Perindustrian dan pembangunan
3. Kesan Pencemaran Udara
Kesan utama pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia,  tumbuhan, haiwan, penipisan lapisan ozon, hujan asid, pemanasan global.
Kesan terhadap Kesihatan Manusia
  • menjejaskan sistem pernafasan.
  • Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.
  • Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan matamanusia.
Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
  • Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.
  • Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara.
  • Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.
Kesan Terhadap Haiwan
  • Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.
  • Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara.
  • Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.
Kesan Terhadap Bahan
  • Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain.
  • Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer.
  • Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2) di dalam udara.
  • Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.
Kesan Terhadap Lapisan Ozon
  • Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.
  • Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.
  • Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.
Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
  • Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
  • Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.
  • Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.
4. Langkah mengurangkan pencemaran udara
Antara langkah untuk mengurangkan pencemaran udara adalah:
  • Menghijaukan kawasan
  • Penggunaan petrol tanpa plumbum
  • Program kitar semula
  • Kempen
  • Tindakan Undang-undang
  • Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar
5. Kesimpulan/ Rumusan
Kesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran udara. Walaupun hal ini tidak boleh diatasikan dalam sekelip mata, tetapi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak masalah pencemaran udara dapat diatasi. Kita harus memikirkan generasi-generasi yang akan dating memerlukan alam sekitar yang cantik dan nyaman untuk mereka hidup di dunia ini. Akhir sekali, sayangilah alam sekitar yang telah dicipta oleh tuhan.

6. Sumber/ Rujukan
Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.

Tempoh Pelaksanaan

1 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014

Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.