(CONTOH) Konsep Dan Definisi Pencemaran Tugasan Geografi PT3 2014 | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(CONTOH) Konsep Dan Definisi Pencemaran Tugasan Geografi PT3 2014





Konsep Dan Definisi Pencemaran Tugasan Geografi PT3 2014 | Konsep takrifan atau definisi maksud pencemaran udara tugasan Geografi PT3. Berikut adalah contoh tugasan Geografi PT3 bagi calon yang memilih pencemaran udara sebagai kajian utama dalam tugasan. Jumlah markah bagi definisi pencemaran alam yang dipilih adalah 5 Markah sahaja.
konsep-dan-definisi

PT3 Geografi 2014 : Konsep & Definisi

Konsep yang diterangkan mestilah dihuraikan dengan tepat dan betul beserta contoh yang relevan. Berikut merupakan konsep/definisi yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar:

Pencemaran Udara : 
Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama pencemaran udara adalah melalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang dan sebagainya. 

Pencemaran Air :
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan akuatik. 

Pencemaran Tanih :
Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah saran dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku.


Takrifan Definisi Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3
Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai gas berbahaya yang terhasil di ruang udara akibat aktiviti manusia atau alam semula jadi yang boleh menjejaskan kesihatan manusia serta hidupan lain (1 Markah). Selain itu, pencemaran udara juga boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera (1 Markah). Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif (1 Markah). Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. (1 Markah) Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. ( 1 Markah)
Jumlah Markah: 5 Markah



Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

1 comment:

Related

Powered by Blogger.