Jumlah Kematian Tentera Israel Di Gaza 2014 Paling Banyak Selepas Peperangan Lebanon 2006 | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Jumlah Kematian Tentera Israel Di Gaza 2014 Paling Banyak Selepas Peperangan Lebanon 2006



Jumlah Kematian Tentera Israel Di Gaza 2014 Paling Banyak Selepas Peperangan Lebanon 2006 | Gaza (Palestin): Serangan udara Israel memusnahkan kebanyakan kawasan di Semenanjung Gaza hari ini dalam pertempuran yang berlanjutan selama dua minggu dan mengorbankan sekurang-kurangnya 570 rakyat Palestin dan 29 rakyat Israel.
Menurut polis Gaza, tentera Israel mengebom lima masjid, kompleks sukan dan rumah bekas ketua tentera Hamas, semalam. 
Tentera Israel mengumumkan bahawa dua orang anggota tenteranya maut, satu daripadanya terkena tembakan sniper semalam dan seorang lagi anggota sebab-sebabnya masih tidak dapat dijelaskan, menjadikan jumlah kematian tentera Israel 27 orang. 

Ia merupakan jumlah kematian tentera Israel paling banyak selepas peperangan Lebanon pada 2006.
Israel mula melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 8 Julai ini dan angka kematian rakyat Palestin meningkat setiap hari. - AP



Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.