(CONTOH SEBENAR ) Contoh Definisi Dan Punca Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014 | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(CONTOH SEBENAR ) Contoh Definisi Dan Punca Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014






Contoh Definisi Dan Punca Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014
FAKTOR ATAU PUNCA KEJADIAN PENCEMARAN UDARA DI BANDAR KINRARA, PUCHONG, SELANGOR 



Tapak pembinaan yang tidak terurus
a)   Nyatakan kaedah kajian
Contohnya  ………
                       i.        Berdasrkan pemerhatian saya di kawasan Bandar Kinrara, …
                     ii.        Berdasarkan hasil temubual dengan 20 orang respondan, …
                   iii.        Berdasarkan rujukan saya dalam internet, didapati bahawa …

b)        PUNCA:     Nyatakan PUNCA
c)        Huraian :    Huraikan punca tersebut
d)       Contoh :     Nyatakan  punca tersebut terdapat di kawasan kajian
e)       Bukti :        Sokong dengan foto 


CONTOH LAPORAN

Tapak pembinaan yang tidak terurus

(Kaedah kajian) Berdasrkan pemerhatian saya, (Punca) pencemaran 
udara berpunca daripada Tapak pembinaan yang tidak terurus. 

(Huraian) 
Kawasan Bandar Kinrara, ini merupakan kawasan perumahan yang 
giat membanggun. Oleh itu di dapati terdapat banyak tapak pembinaan. 
Kebanyakan tapak pembinaan ini didapati tidak begitu terurus. Ada 
Antara pihak pemaju banggunan tidak memasang jala hijau yang boleh menghalang pencemaran udara di tapak pembinaan. 
(Contoh) Pembinaan pangsapuri dan pembinaan beberapa deret rumah kedai seperti dalam foto 1.1 telah menyebabkan pencemaran udara Di Bandar Kinrara 5.

Contoh Laporan Punca Pencemaran Udara Geografi PT3 2014

PT3 Geografi 2014 : Konsep & Definisi


Konsep yang diterangkan mestilah dihuraikan dengan tepat dan betul beserta contoh yang relevan. Berikut merupakan konsep/definisi yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar:

Pencemaran udara
Kaedah kajian : Rujukkan
Sumber :  Wikipedia, ensiklopedia bebas
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.

Jerebu
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. [1] Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia 
("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. [2] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Nyatakan keadaan jerebu di kawasan kajian (sebut nama kawasan kajian).


Takrifan Definisi Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3
Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai gas berbahaya yang terhasil di ruang udara akibat aktiviti manusia atau alam semula jadi yang boleh menjejaskan kesihatan manusia serta hidupan lain (1 Markah). Selain itu, pencemaran udara juga boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera (1 Markah). Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif (1 Markah). Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. (1 Markah) Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. ( 1 Markah)
Jumlah Markah: 5 Markah


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.