(CONTOH LENGKAP) Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014 | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(CONTOH LENGKAP) Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014




Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014 (20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Kesan juga mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.




Kesan-Kesan Pencemaran Udara

  • Menjejaskan kesihatan manusia
Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Akibat pencemaran berlaku, bahan cemar yang terperangkap di udara akan memasuki hidung atau mulut manusia dan seterusnya paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida adalah gas yang akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah. Hal ini menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah.
  • Memberi kesan kepada tanaman

Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Udara yang mengandungi bahan pencemar mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Hal ini menyebabkan tumbuhan menguning dan mati. Akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok pula, tisu-tisu tumbuhan akan reput. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannyaterancam.
  • Pembentukkan hujan asid
Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Hujan asid berlaku disebabkan proses penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awam dan turun bersama-sama dengan hujan. Hujan asid bukan sahaja memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur malah mengancam hidupan air. Hujan asid juga menghakiskan harta benda seperti pakaian, kertas dan bangunan-bangunan.

  • Kenaikkan suhu di bumi
Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Kenaikan suhu disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terlalu banyak dan terkumpul di dalam udara. Jadi, suhu di bumi meningkat dan persekitaraan kita menjadi panas. Fenomena ini menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Banjir besar akan berlaku atas peningkatan paras air laut.


Contoh Karangan Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014
Antarakesan pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, penyebab kejadian hujan asid, jerebu, kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

Kesan pencemaran udara terhadap Kesihatan Manusia adalah menjejaskan sistem pernafasan. Karbon monoksida gas yang terhasil daripada pembakaran asap ekzoz kereta boleh mendatangkan bahaya kepada paru-paru. Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menyebabkan inflamasi pada paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak.  Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.

Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.  Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.

Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan terancam dan terbunuh. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.
Kesan pencemaran udara boleh menyebabkan penipisan Lapisan Ozon. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk merupakan faktor utama penipisan lapisan ozon. Seperti sedia maklum, lapisan ozon berfungsi untuk melindungi manusia daripada sinaran terus pancaran matahari.  Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit kepada manusia.

Selain itu, pencemaran udara juga boleh menyebabkan kesan rumah hijau dan pemanasan global. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.

Fenomena jerebu pula kebiasaannya berlaku ketika cuaca panas dan kering. Jerebuadalah kesan daripada pencemaran udara hasil daripada pembakaran terbuka yang berleluasa


Also See and Read This : READ MORE

hanz

hanz

1 comment:

  1. i need yr help. T_T jebal... kesan pencemaran bau terhadap manusia&alam sekitar x de ke? lg 2 hr je ni...

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.