Aida Radzwill tukar nama Aida Khalida | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Aida Radzwill tukar nama Aida Khalida



Dulu Aida Rahim lepas tu Aida Radzwill, sekarang dah jadi Aida Khalida. Terima kasih kepada Aida sebab dia dah guna nama baru sekarang, sedap nama tu. Kata orang kalau guna nama sendiri yang emak bapa kita bagi, lebih berkat. Mungkin lepas dah tukar kepada nama diri sendiri, kehidupan Aida lebih tenang dan bahagia, Joyah harap macam itulah. Sebut pasal Aida, nak cerita apa yang berlaku di mahkamah Selasa lalu. Suaminya, Joe Radzwill mahu pelakon itu kembali semula kepadanya atau jika tidak Aida diisytiharkan sebagai isteri nusyuz.






Joe juga meminta supaya tuntutan cerai fasakh yang dibuat oleh Aida, ditolak oleh mahkamah. Melalui peguamnya, Joe membuat tuntutan supaya pelakon berusia 53 tahun itu kembali taat kepadanya memandangkan mereka masih suami isteri yang sah dan kes berkenaan akan dibicarakan lagi pada hujung Julai depan. -Utusan
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.