Javerd Nizar Minta Sedikit Masa Lagi | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Javerd Nizar Minta Sedikit Masa Lagi


Susulan kes saman Johan Raja Lawak ke atas pengarah drama Javerd Nizar, difahamkan isteri Javerd Nizar ada menelefon penguam Johan untuk diberikan sedikit masa lagi.



Ketika dihubungi murai.com.my, peguam bela Johan, Zahrin Ishak memberitahu dia telah pun menerima panggilan daripada isteri kepada Javerd kira-kira 2 hari lepas.

"Menerusi panggilan tersebut tersebut, isteri Javerd telah memperkenalkan dirinya sebagai Ruhaiza. Dia yang tampil sebagai wakil kepada suaminya itu mahu meminta supaya tempoh surat tuntuan itu dilanjutkan sampai Jumaat ini kerana katanya Javerd sedang sibuk menjalankan pengambaran.

"Menurut Ruhaiza lagi, Javerd akan cuba tampil untuk membalas respon terhadap surat tuntutan itu pada hari ini (Jumaat). Tapi saya masih boleh bertolak ansur lalu memberikan sedikit lagi masa sehingga Isnin depan iaitu 21 Jun ini. Walaubagaimanpun kami hanya menanti apa-apa sahaja yang pihak Javerd akan kemukakan untuk membalas notis tuntutan tersebut", kata Zahrin.

Dalam pada itu, Zahrin berkata lagi, isteri Javerd juga ada bertanyakan kepadanya sama ada kes ini boleh diselesaikan di luar makhamah.

"Dia tanya saya, tidak bolehkah pihaknya berbincang serta menyelesaikan kes ini secara damai. Saya jawab tentu boleh jika tawaran yang diberikan oleh pihak Javerd menarik dan boleh membersihkan nama baik Johan serta kerugian yang dialaminya selepas insiden itu", kata Zahrin kepada murai.com.my.

Javerd kini sedang sibuk menyiapkan proses pengambaran drama 'Bisikan Arwah' yang sepatutnya di lakonkan oleh Johan dan isterinya untuk tayangan di Astro Prima pada Julai ini. sumber : murai.com.my
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.