Sudah lama tak dengar cerita pasal Idlan Raja Lawak setelah Raja Lawak Musim 4 berakhir. Bagi yang tak kenal siapa Idlan, dia merupakan naib juara Raja Lawak Musim 4 dan popular dengan gelaran Abang Kasim dan lagu parodi Cibidi Bidi Bang Bang.
Berita terbaru yang kami dengar, Idlan baru sahaja kematian ayahnya, Abd Razak Mat Zin, 58, yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.30 pagi Selasa lalu (15 Jun 2010). Idlan tidak sempat berada di sisi arwah kerana berada di Kuala Lumpur ketika itu.
"Ayah saya meninggal pada jam 3.30 pagi pada Selasa lalu. Waktu itu, saya ada di KL dan baru saja pulang dari kampung selepas menjenguk arwah. Setahu saya, sebelum arwah meninggal, dia telah disahkan demam dan menghidap penyakit barah tulang. Dia dah 3 bulan sakit.
"Arwah meninggal dunia di kampung saya iaitu di Kampung Tok Khas. Jenazahnya telah dikebumikan pada hari Selasa lalu selepas Asar di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam di Air Putih Junjung. Sebelum ini, dia ada pesan pada saya supaya saya dapat menjaga mak dengan baik," jelas anak ketujuh daripada 8 beradik ini.
"Saya sedih sebab tak dapat tunaikan hajat ayah saya itu, masih belum kesampaian. Dia nak sangat hadiah jam tangan Hugo Boss yang saya menangi pada RL4 tetapi saya tak dapat tunaikan ketrana hadiah itu masih belum berada dalam tangan saya lagi. Kalau boleh sekarang ni juga saya nak pergi ambil jam itu dan berikan pada arwah. Seperkara lagi yang buatkan saya sedih bila saya tak berpeluang nak bagi kesenangan pada arwah.
"Sekarang ini pun, ibu saya masih lagi teringatkan arwah yang mana setiap malam dia selalu saja menangis dan memanggil nama ayah. Bila dengar je ibu jadi macam tu, saya rasa sedih sangat. . Insya-Allah, lepas ni saya akan cuba mengambil cuti selama untuk menguruskan kenduri arwah di kampung. Saya akan kembali bertugas pada 25 Jun ini kerana terlibat dengan Gempak Selebriti di Johor.
"Saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat atas berita yang menimpa saya ini. Ramai juga kenalan saya yang hadir menziarahi termasuklah Achoe dari kumpulan Kechik," katanya. - murai.com.my
Difahamkan Idlan bakal muncul dalam telemovie Abang kassim ini akan disiarkan di Astro Prima pada hari raya pertama nanti.
Idlan, pihak kami ucapkan takziah atas kematian ayah kamu. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Amiin.
No comments:
Post a Comment