"Jangan kaitkan nama saya" - Fizz Fairus | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

"Jangan kaitkan nama saya" - Fizz Fairus


Nampaknya agenda Fasha Sandha telah berjaya. Kontroversi yang dicipta melalui twitternya masih berlanjutan hingga sekarang. Tiz Zaqyah sudah tampil menafikan dakwaan tersebut. Terbaru, Fizz Fairus pula tampil menjawab kontroversi tersebut dan tidak mahu namanya dikaitkan dalam agenda peribadi Fasha Sandha.



"Semasa berita ini tersebar, saya ada mesej pada Fasha melalui Blackberry Massenger untuk bertanyakan kenapa dia perlu libatkan saya dalam hal ini. Fasha balas yang dia ada mendengar perkara tersebut daripada orang lain.

"Saya ingatkan dia agar jangan kaitkan lagi nama saya dalam agenda peribadinya itu," katanya yang ditemui pada Majlis Doa Selamat Filem Nur Kasih di sini.

Dia berkata demikian ketika ditanya tentang namanya yang dikaitkan dalam kenyataan kontroversi Fasha baru-baru ini yang kononnya dia dikatakan turut diganggu oleh Tizz sehingga menimbulkan kemarahan kekasihnya Almy Nadia. - mStar Online
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.