Siti Saleha Mohd Baharum Adik kepada sam bunkface | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Siti Saleha Mohd Baharum Adik kepada sam bunkface


Adik Sam, vokalis kumpulan Bunkface ini tidak hirau soal glamor dan populariti walaupun terbabit dunia sejak berusia 13 tahun

MENITI satu tangga ke tangga seterusnya adalah matlamat yang ingin digapai bakat baru dalam bidang lakonan, Siti Saleha Mohd Baharum atau Siti Saleha.

Gadis manis berusia 20 itu kini tidak mahu memikirkan populariti biarpun sudah bergelumang dengan dunia penuh glamor ini sejak berusia 13 tahun.

Sebaliknya, gadis berdarah campuran Melayu/British ini nekad untuk menumpukan secara serius profesion lakonan yang diceburinya berlandaskan bakat yang ada.

“Sejak kecil saya meminati bidang seni, namun tidak mampu untuk menumpukan secara serius kerana masih belajar. Adakalanya tawaran diterima untuk menjadi model dalam beberapa produk televisyen, itupun secara sampingan.

“Bagi saya menceburi industri seni ini adalah satu bidang yang sangat mencabar. Kekuatan mental dan fizikal harus kuat dan sebab itu saya mahu betul-betul bersedia sebelum berani menceburi bidang ini secara serius.

“Sejak tiga tahun yang lalu, saya mula mengambilnya secara serius dengan mendekatkan diri dalam bidang ini dan sepanjang itu persediaan dilakukan dengan mengambil inisiatif sendiri mengikuti mana-mana kelas lakonan sekitar ibu negara,” katanya yang sering mengikuti kelas lakonan di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac).
Bermula dengan membintangi beberapa iklan televisyen menjadi langkah yang bijak bagi Saleha memulakan kariernya. Wajahnya yang kini boleh dilihat menerusi drama bersiri Awan Dania musim kedua yang disiarkan Astro Ria tidak mahu terlalu terburu-buru menerima watak besar.

“Saya bermula buat pertama kali semasa usia 13 tahun iaitu menerusi iklan Maxis, Pantene, Honey Soft dan banyak lagi. Antara iklan yang masih disiarkan di televisyen seperti Wrigley’s DoubleMint. Manakala drama pertama saya iaitu 5 Jingga (2008), Kasut Tumit Tinggi, Kapten Boleh dan banyak lagi.

“Bagi saya membintangi drama dan iklan adalah sangat berbeza. Drama lebih mencabar dengan permainan emosinya. Pertama kali muncul dalam drama lagi saya sudah diberi cabaran bukan saya wataknya malah harus menyanyi dan menari.

“Sebab itu juga sebelum masuk ke mana-mana lokasi penggambaran drama saya akan mengambil kelas lakonan, dari situ saya belajar untuk menangis dan pelbagai emosi lain.

“Saya sedar dalam dunia hiburan ini banyak cabaran dan saya ingin buktikan bukannya cabaran yang perlu saya fikirkan tetapi menumpukan 100 peratus kepada kerjaya. Selain itu kesungguhan, komitmen, disiplin harus kuat” katanya.
Adik kepada Sam, vokalis kumpulan Bunkface ini juga tidak lupa mempersiapkan diri dengan ilmu akademik bagi bekalan di masa depan.

“Saya kini sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta di sini dalam bidang Komunikasi Media. Di harap dengan ilmu yang ada ini dapat saya mempersiapkan diri.

“Kerjaya dan pendidikan harus selari, apa saja bidang yang kita buat ilmu itu penting. Dengan adanya ilmu orang akan pandang kita lebih tinggi. Tidak kira apa saja yang kita buat setiap hari, itu adalah pembelajaran bagi kita,” katanya.

INFO: Siti Saleha Mohd Baharum
# Panggilan: Siti Saleha atau Saleha
# Tarikh Lahir: 14 Mac 1990
# Umur: 20
# Tinggi: 165 sentimeter
# Berat: 50 kilogram
# Drama: Kasut Tumit Tinggi (2008), Farah, Kapten Boleh (2008), 5 Jingga (2008), Zaleha, Kecuali Cinta Mu dan Awan Dania musim 2.
# Telemovie: Puaka Topeng Putih (2009), Hati Batu (2009), Raya Mona (2009), Kau Laksana Bulan (2009).
# Teater: Stage Therapy (2009)
# Iklan: Celcom, Wrigley’s DoubleMint (2008), Gillette (2008), Maggi (2008), Nestle (2007), Honey Soft (2006), Pantene (2005), F&N (2005) dan Nescafe (2009).



HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

14 comments:

  1. even die jiran aq..
    x pnah nmpk pun siti saleha nie..

    ReplyDelete
  2. i mean die 2 sam..

    ReplyDelete
  3. siti saleha ni awek aku

    ReplyDelete
  4. leha ni adik aku, jgn kacau - sam

    ReplyDelete
  5. aku nk2 dya!!!!!

    ReplyDelete
  6. siti seleha hrap muke jew lawa. tpi gedik

    ReplyDelete
  7. muke jew lawa.. tapi gedik

    ReplyDelete
  8. ye ke dia gedik..tapi tak kisah arr..yg penting dia cantik..suka tgk dia belakon dlm nora elena.

    ReplyDelete
  9. aikk gedik meh siti seleha nie?!?aku tngk dier ok jer...aku suka lha tngk dia b'lakon..mmang ada bkat punyer...

    ReplyDelete
  10. die k jak r . org yg kate die gedik 2 cemburu sebenarnya . . .

    ReplyDelete
  11. pah nk ejasgane ni..?

    ReplyDelete
  12. Berbkat besar. Truskn

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.