(PANDUAN) Tips Penjagaan Bateri Handphone Yang Betul | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(PANDUAN) Tips Penjagaan Bateri Handphone Yang Betul






TIPS Penjagaan Bateri Handphone Yang BetulIngin Tahu Panduan Terbaik Cara Nak Panjangkan Hayat Bateri Telefon Bimbit anda? Bateri handphone adalah salah satu komponen utama yang penting untuk telefon. Tanpanya, telefon tidak boleh berfungsi. Kita dan telefon bimbit pasti tidak boleh dipisahkan. Betul tak? Kini telefon bimbit atau smartphone sudah menjadi antara keperluan asas yang penting. Dari golongan dewasa sampailah ke budak sekolah pun pasti memiliki sebuah telefon bimbit tak kisahlah dari jenama apa sekalipun. Dari jenama Samsung dan Apple yang popular hingga Lenovo dan jenama lain dari China adalah pilihan pengguna di Malaysia.

tips terbaik jaga bateri handphone

Cara Terbaik Menjaga Bateri Handpone

Namun semakin canggih pengunaan telefon tersebut terutama smartphone, semakin cepat habis hayat bateri tersebut. Kalau dulu dua tiga hari sekali baru dicas, sekarang ini mungkin anda perlus mengecas dalam sehari atau lebih kerap penggunaanya, mungkin 2-3 kali sehari. Mujur kini ada 'power bank' yang dapat membantu anda untuk memanjangkan hayat telefon anda.

Bateri telefon adalah ibarat denyutan nadi telefon itu. Kalau tidak dijaga dengan baik, ia boleh mendatangkan masalah seperti bateri rosak atau bateri kembung. Kalau nak tahu bateri itu kembung mudah sahaja, keluarkan bateri dan letakkan di permukaan yang licin dan cuba putarkan. Kalau bateri itu boleh berputar seperti gasing, alamatnya terpaksalah keluarkan duit untuk beli bateri baru.

Cara Untuk Panjangkan Hayat Bateri : -

1) Mod penjimatan kuasa

Telefon pintar Android dan Telefon Windows termasuk kuasa atau mod penjimatan bateri yang biasanya terletak di menu tetapan. Ia diaktifkan sekiranya bateri mencapai tahap tertentu, memaksa bateri mematikan ciri intensif termasuk e-mel push, kecerahan skrin dan kemaskini Facebook. Malangnya Apple tidak termasuk apa-apa kuasa atau penjimatan bateri ciri-ciri pada telefon pintar, walaupun aplikasi percuma seperti 'Battery Life Pro' memantau prestasi bantuan dan menutup aplikasi

2) Kecerahan skrin 

Penggunaan bateri paling tinggi adalah pada pencahayaan skrin telephone anda makin besar skrin makin byk penggunaan bateri. Bagi menjimatkan kuasa bateri dengan memilih 'kecerahan automatik' dan skrin akan melaraskan kecerahan secara automatik bergantung kepada keadaan pencahayaan. 

Selain itu, jika penunjuk bateri mencapai tahap yang tidak menentu menjadikan kecerahan turun serendah selesa untuk memelihara kuasa seberapa banyak yang mungkin. Pastikan kunci auto diaktifkan, jadi apabila telefon anda tidak digunakan skrin menutup menjimatkan kuasa. Jika anda mempunyai telefon dengan skrin AMOLED (seperti Samsung Galaxy S3 atau S2) menggunakan kertas dinding gelap juga boleh membantu menjimatkan bateri.


3) Kurang penggunaan getaran (Vibrate)

Dalam persekitaran kerja penggunaan ringtones kuat amat disukai, tidak menggunakan mod begetar sekiranya anda berada dalam meeting malah lebih baik gunakan mod senyap lebih efektif untuk menyelamatkan penggunaan bateri anda. 


4) Offkan Telefon Ketika Mengecas 

Pastikan telefon korang di OFF dulu sebelum korang mengecas kerana arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri. 

5) Jangan Cas Telefon Di Dalam Kereta

Voltage pada kereta selalunya tidak stabil menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Ini akan menyebabkan komponen bateri cepat rosak. (pasti ramai yang buat cara ni kan)

6) Habiskan Bateri Sebelum Di Cas 

Pastikan bateri telefon korang betul-betul habis baru dicas semula untuk mengelakkan ‘memory effect’. 

7) Pastikan Bateri Dicas Sepenuhnya Kali Pertama sekurang-kurangnya 8 jam

Apa jua jenis bateri telefon bimbit, pastikan ianya dicas sepenuhnya sewaktu pertama kali membelinya. Ini untuk menentukan usia bateri. Ini kerana ketika kita mengecas bateri seluruh sel dalam telefon bimbit akan berfungsi. (Ada yang beli je, terus guna walaupun bateri separuh. betul tak?)

8) Kawal Waktu Mengecas 

Jangan biarkan bateri dicas begitu lama kerana boleh merosakkan komponen di dalam bateri tersebut. Di Malaysia masih kurang lagi pengunaan charger yang akan Off sendiri selepas bateri habis dicas. 

9) Jauhkan Bateri Dari Haba contoh TV dan alat elektrik yang mengeluarkan haba

Sumber haba boleh menyebabkan bateri telefon meletup. 

10) Matikan sambungan

WiFi, GPS dan Bluetooth adalah antara yg tersedia dalam telefon moden anda. Lupa untuk mematikan WiFi anda apabila anda meninggalkan rumah dan ia akan sentiasa mencari sambungan WiFi dan menggunakan bateri lebih pada masanya. Jadi pastikan anda mematikan mana-mana sambungan luar apabila anda tidak menggunakannya. 


Ini antara cara yang boleh anda cuba untuk memanjangkan hayat bateri telefon. Semoga Tips Penjagaan Bateri Handphone Yang Betul ini bermanfaat buat semua. 


Also See and Read This : READ MORE

Strictly For Blogger Only!!! : READ HERE
hanz

hanz

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.